Skip to main content

Sedih.. Bila Tahu Kisah Sebenar Kehidupan Wanita Ini

Seorang wanita mengamuk ketika kereta miliknya ditarik pihak berkuasa tempatan (PBT) yang tular sebelum ini dikatakan mengalami depresi yang teruk.

Perkara tersebut dikongsi seorang individu dikenali sebagai Francis Ngu Hown Hua melalui laman Facebooknya memberitahu wanita tersebut mengalami depresi selepas kehilangan anak dan ditinggalkan suaminya kerana berkahwin dengan wanita lain.

“Dia pernah menjadi pensyarah di kolej matrikulasi. Anak keduanya meninggal dunia selepas dilahirkan dan suaminya berkahwin lain dan menceraikan dirinya.

“Suaminya juga telah mengambil anak pertama mereka dan membiarkannya bersendirian dalam kemurungan. Bagi siapa yang merasakan perkara ini kelakar, saya harap anda tidak mengalami keadaan seperti apa yang dialami oleh dia,” tulisnya.

Hown Hua tampil berkongsi kisah di sebalik wanita mengamuk itu melalui laman Facebooknya.

Dalam pada itu, Hown Hua berkata, dia berkongsi kisah tersebut bukan kerana menyokong perbuatan wanita terbabit melanggar undang-undang, namun berharap orang ramai memahami masalah dihadapi wanita terbabit.

“Saya pelik kenapa ada komen hentam seolah-olah macam saya bagi lampu hijau hanya dengan alasan dia depresi. Bukan. Kalau langgar undang-undang, salah tetap salah. Kamu semua telah salah faham. Saya cuma cerita di sebalik tabir kehidupan kakak ini.

“Alasan kenapa dia 'meletup' dan mengamuk macam itu dan ramai gelakkan dia sedangkan dia dalam keadaan yang sangat sengsara. Bukan nak beritahu kalau depresi, boleh buat sesuka hati,“ tulisnya.

Dalam pada itu, perkongsian Hown Hua kini tular di media sosial yang mengundang kesedihan dalam kalangan netizen yang bersimpati dengan keadaan menimpa wanita tersebut.

“Apabila saya melihat video tersebut, saya tahu ada sesuatu terjadi kepada dia. Biasanya orang tidak akan buat begitu dan sekarang saya tahu apa yang terjadi pada dirinya. Sememangnya sedih. Semoga dia cepat sembuh dari kemurungan,” tulis Goh Mei Ling di Facebook.

Nazlee Yahaya pula memberitahu, “Terima kasih kerana berkongsi kisah ini. Tidak ramai orang memahami apa yang dihadapi orang yang ada masalah mental. Semoga Tuhan meringankan bebannya dan anda juga yang telah berkongsi kisah bagi orang ramai memahami masalah dihadapinya." - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...