Powered by Blogger.

Thursday, February 13, 2020

Lucinta Diiktiraf Sebagai Perempuan Oleh Mahkamah

Sudah sah sekarang, di mata undang-undang Indonesia, salah seorang penyanyi Bobo Di Mana yang kini dituduh mengambil dadah adalah seorang wanita.

Hal itu diumum polis selepas mendapat keputusan daripada hakim Mahkamah Jakarta Selatan.

Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Yusri Yunus, berkata hakim menerima permohonan Lucinta Luna, untuk mengubah jantinanya daripada lelaki kepada wanita.

Menurut Yusri, ketetapan itu dibuat hakim sejak Disember tahun lalu.
Dengan keputusan tersebut Lucinta, 30, kini memiliki nama rasmi Ayluna Putri. Semasa lahir, dia diberi nama Muhammad Fatah.

Sementara itu menjelaskan pengumuman tersebut, Yusri berkata, penentuan jantina Lucinta adalah penting kerana ia berkait rapat dengan siasatan polis ke atasnya.

"Kan kalau mau disiasat, polis harus tahu jantianya. Selama ini kan orang awam bertanya-tanya soal jantinya Lucinta," katanya seperti dipetik Tribunnews petang ini.

Lucinta ditahan bersama tiga individu lain di sebuah apartmen di Thamrin City, Jakarta Pusat, kerana disyaki mengambil dadah. Seorang daripada ialah Abash yang menjadi pasangan Lucinta.

Identiti Abash juga sempat menarik perhatian ramai kerana dia disyaki seorang wanita.

Siasatan polis kemudian membebaskan ketiga-tiga suspek terbabit dan hanya Lucinta akan didakwa di mahkamah. Lucinta mengaku mengambil dadah itu sejak beberapa bulan lalu bagi mengatasi masalah kemurungan. - Malaysiakini