Skip to main content

Isteri Zaman Sekarang Ini Cepat Penat Sebab Serba Serbi Dia Yang Kena Buat

Mengurus  rumah dia, memasak dia, menjaga anak-anak dia, hantar anak sekolah, dia, ambik anak sekolah, dia, keluar beli barang dapur dia, bayar bil dan hutang dia, jaga mak, jaga mertua dia, bekerja dia, berniaga pun dia.

Semua dia buat, macam mana dia tak panat, dia ada dua tangan dua, kaki sama macam orang lelaki, tapi serba serbi dia boleh buat dan dia adalah seorang wanita.

Kan wanita kaum yang lemah…?

Kalau dah serba serbi dia yang buat, dimana lemahnya itu? Kalau benar dia lemah, dah lama dah dia rebah tapi kenapa sampai hari ini dia masih kuat, masih bertahan, masih gagah…?

Sebab dia buat untuk keluarga dia, untuk suami dia, untuk anak-anak dia.

Yang bertambah sedih dan malang, dapat pula suami yang tak membantu dia, suami yang tak faham bahasa, suami yang lepas tangan, lagi la dia kena jadi kuat, Kalau boleh, dia tak mahu sakit langsung sebab dia tahu, kalau dia sakit, takada siapa yang akan ganti tempat dia untuk buat kerja yang dia buat.

Nak harap suami, faham-faham saja la, ada sekadar ‘ada’ sahaja, sekadar nama saja ‘suami’, tidak membantu, tidak mengurangkan beban dia, bahkan bila diminta tolong, bila disuruh buat, dia kena marah pula.

Sebab tu isteri-isteri zaman sekarang, kalu dia cakap dia penat, kita tahu sebab apa dia penat…sebab semua bebanan diletakkan dibahunya dan suami tak bearusaha untuk menanggung beban itu bersama-sama.

Macam itu kita kata indahnya kehidupan berumahtangga…?

Meletakkan sesuatu tidak kena dengan tempatnya itu dipanggil menganiaya, berapa ramai suami menganiaya isteri pada zaman sekarang?

Kredit:firdaus shakirin

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut