Skip to main content

Buat Suami Kat Luar Sana, Bila Dah Jadi Suami, Jagalah Hati Isteri

Kalau nak tahu kecantikan isteri bukan utk dibandingkan sebab banyak perkara yang dia dah buat dan lalui dalam menjadi seorang isteri yang terbaik untuk diri kita.

Buat suami kat luar sana, bila dah jadi suami maka tundukkanlah pandangan.

Setiap hari, keluar saja dari pagar rumah, mesti akan berjumpa dengan perempuan yang lebih cantik daripada isteri sendiri.

Singgah beli nasi lemak, “ish, comeynya orang yang jual nasi lemak ini…”

Sampai opis, “cantik sungguh staf yang baru masuk itu…”

Keluar rehat, “manis sungguh cik adik yang ambik order ini…”

Balik rumah, tengok isteri sendiri, “emm, biasa saja, tak macam perempuan yang tengok siang tadi…”

Isteri kita dulu pun cantik tuan-tuan, time mak ayah dia jaga…sekarang dia dah “tak cantik” sebab awak yang jaga…awak yang buat dia jadi tak cantik, dah itu awk nak compare dia dengn perempuan lain.

Tengok orang perempuan , jangan tengok lama-lama sampai hati berdetik, jiwa bergalora, bergetar…tengok sekilas pandang dah la, lepas itu tengok tempat lain, jangan sampai otak sempat berfikir, siapa dia, tinggal kat mana, dah kawin ke belum dan sebagainya…ini cari masalah, ini sengaja nak tambah masalah.

Mana-mana perempuan yang ada depan kita pun, sekilas pandang cukup, lepas itu tundukkan semula pandangan itu, bukan kena tengok lantai 24 jam, tapi jangan tengok sehingga hati memuja-muja kecantikan perempuan itu lebih dari isteri sendiri dirumah.

Kecantikan isteri bukan untuk dibandingkan sebab banyak perkara yang dia dah buat dan lalui dalam menjadi seorang isteri yang terbaik untuk diri kita.

Sumber:firdaus shakirin

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...