Skip to main content

Zahiruddin Selamat Jalani Pembedahan Ke 3

Suatu ketika dulu kisah Muhammad Zahiruddin bin Zakir Halim pernah menjadi viral di media sosial gara-gara pelbagai dugaan yang terpaksa di tempuhi olehnya sejak berusia dua hari lagi demi bertahan untuk terus melihat dunia ini.

Semalam iaitu 8 Januari bersamaan hari Rabu Zahiruddin telah pun selamat menjalani pembedahannya yang ke tiga iaitu bagi membuang ususnya yang tidak mempunyai saraf serta membuat stoma baru.

Menurut doktor kesemua usus zahir telah dibuang kerana kesemua usus besarnya tidak mempunyai saraf dan kini yang tinggal hanyalah usus kecilnya yang berukuran kira-kira 155cm sahaja.
Menurut doktor lagi stoma baru serta lubang duburnya itu akan mula berfungsi dalam beberapa hari selepas pembedahan bergantung kepada keadaannya dan sehingga itu zahir di puasakan dulu.

Namun begitu pembedahan kali ini bukanlah pembedahan terakhir buat zahir kerana selepas ini masih terdapat pembedahan yang berikutnya yang perlu dijalani oleh zahir.

Walaupun di usia yang masih mentah lagi zahir telah mengharungi pelbagai ujian terhadap dirinya, diharap agar zahir akan tetap kuat dan tabah mengharungi segala ujian ke atas dirinya itu.

Semoga zahir sekeluarga juga di berikan ketabahan dalam mengharungi segala dugaan serta ujian yang mendatang buat mereka, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...