Powered by Blogger.

Monday, January 6, 2020

Tahniah Fatin ..." - Dr. Erin Utus Ucapan Buat Bekas Madu, Impikan Hidup Bersama

Isteri kepada pendakwah bebas Da'i Farhan, Dr. Erin berkesempatan meluangkan masa untuk melayangkan ucapan kepada bekas madunya, Fatin Nurul Ain yang selamat melahirkan cahaya mata kedua petang semalam (Ahad).

Harapan Erin agar kelahiran cahaya mata baru itu bakal memberikan kebahagiaan kepada keluarga mereka.

"Alhamdulillah tahniah zaujku Farhan, Allah telah anugerahkan seorang bayi lelaki yang sihat.

"Tahniah juga kepada Fatin kerana selamat melahirkan amanah Allah dengan kekuatan dan kasih sayang seorang ibu pada hari ini.

"Moga bayi ini akan menambahkan kebahagiaan dunia dan akhirat kepada ummu dan walidnya serta akan membawa banyak kebaikan pada agamanya, bangsa dan negaranya," tulis Erin di Instagram.

Malah, Erin turut meletakkan harapan untuk meraikan ulang tahun kelahiran anak kedua Farhan bersama salah seorang daripada lapan anaknya, Mithalyna tahun hadapan.

"Semalam baru sambut hari jadi Kak Mithalyna. Hari ini sambut hari jadi adik baru pula.

"Senang tahun depan sambut serentak. Insya-Allah harapan mama begitulah hendaknya," tambahnya yang mengakhiri ucapannya dengan #1bigfamily.

Fatin telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya iaitu seorang bayi lelaki pada petang Ahad.

Terdahulu, Fatin dan Farhan telah bercerai pada 3 Disember lalu ketika wanita itu sedang sarat hamil anak kedua mereka.

Diceraikan menerusi aplikasi WhatsApp, Farhan terlebih dahulu mengumumkan kepada publik telah berkahwin dengan Erin ketika sama-sama mengerjakan ibadah umrah di Makkah. - Astro Gempak