Skip to main content

Samseng Jalanan Dicekup


SIBU: Dua lelaki ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam dua kes samseng jalanan yang dilaporkan berlaku pada Rabu dan Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek masing-masing berusia 20 dan 36 tahun didakwa telah bersubahat membuli dua pemandu kenderaan di bandar tersebut.

Beliau berkata, dalam kejadian pertama yang berlaku kira-kira jam 6.20 pagi pada Rabu, seorang mangsa berusia 22 telah diserang oleh dua suspek yang menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Totoya Hilux.

Menurut Stanley, mangsa telah diserang oleh dua suspek terbabit yang bertindak memecahkan bahagian tingkap hadapan kereta pengadu.

"Suspek dipercayai bertindak demikian kerana menuduh pengadu mencuri telefon bimbit milik salah seorang daripada mereka.

“Kes kedua, suspek sama dilaporkan cuba melanggar sebuah kereta milik seorang lelaki berusia 48 tahun menggunakan Toyota Hilux di simpang Jalan Indah, Teku pada jam 6.20 pagi Khamis,” katanya dalam kenyataan di sini.

Stanley berkata, punca mangsa diserang adalah kerana suspek berang lelaki itu memandu perlahan.

Bertindak atas dua laporan itu, katanya, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu telah menahan suspek pertama yang merupakan seorang penganggur di sebuah di rumah di Jalan Teku pada jam 1.20 petang Jumaat.

"Suspek bertindak agresif ketika ditangkap namun polis berjaya menggarinya. Polis juga merampas sebilah taji ayam yang disimpan dalam poket seluar sebelah kanannya dan sebuah Toyota Hilux dipercayai digunakan semasa kejadian," ujarnya.

Beliau berkata, suspek kedua bekerja sebagai penanam sayur ditangkap di Jalan Hock Ming, Sungai Bidut kira-kira jam 1.30 petang.

Tambahnya, kedua-dua suspek kini direman selama empat hari sehingga 8 Januari ini untuk siasatan di bawah Sekyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...