Skip to main content

Pergi Sekolah Rambut Panjang, Anak Aeril Zafrel Dikecam Netizen

Hasrat pelakon Aeril Zafrel berkongsi detik pertama anak lelakinya memulakan hari pertama di sebuah sekolah agama persendirian di media sosial sebagai kenangan sebaliknya mengundang kecaman netizen.

Ia gara-gara rambut anaknya, Ahmad Fakhrruddin Attar, 6, yang melebihi paras telinga yang dilihat menyalahi peraturan sekolah secara umum yang memerlukan murid berambut pendek.

“Niat nak muat naik buat kenangan je… haha sekali ambik kau..,” katanya di Twitter.

Setakat semakan Malaysiakini hingga petang ini, bebenang Twitter itu menerima 10,000 tanda suka dan lebih 7,000 ulang kicau.

pemilik nama asal Suhairil Sunari itu malah mengongsikan beberapa tangkap layar kecaman yang diterimanya.

“Kecik-kecik sudah ajar anak jadi kurang ajar. Pergi sekolah dengan rambut panjang, macam pengemis. Tak kiralah sekolah kerajaan atas swasta, ajaran ibu bapa itu penting,” kata pengguna akaun @Nuar Nuar.



Seorang lagi pengguna akaun @De Qoma pula mempertikaikan peraturan disiplin sekolah agama berkenaan.

“Sekolah Islam tak ada garis panduan pasal rambut dan pakaian ke? Patutlah aku tengok pelajar mereka rambut serabai, baju tak bergosok dan selekeh.

“Opss…Islam kena selekeh ya,” sindirnya.

Aeril membalas kritikan yang diterima di ciapan berbeza, dengan mempertahankan paras rambut anaknya sambil berkata:

“Ya, akhlak yang baik dan masuk syurga semua tu kan rambut pendek je."

Seperti ibu bapa lain, Aeril, 31, juga 'turun padang' semalam untuk menemani anaknya yang memulakan sesi persekolahan 2020.

Selain Fakhrruddin, Aeril dan isterinya Wawa Zainal turut menemani seorang lagi anak mereka, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa yang berusia empat tahun.

Pelakon Cari Aku Di Syurga itu mendoakan agar kedua-dua anaknya berjaya di dunia dan akhirat.

“Hari pertama persekolahan, ayah doakan kamu berdua menjadi anak yang soleh dan solehah serta menjadi hafiz dan hafizah suatu hari nanti, amin,” katanya.

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...