Skip to main content

Lelaki Ini Terima Padah Cabul Budak Perempuan Berusia 8 Tahun

KUALA TERENGGANU: Seorang buruh yang dipercayai penagih dadah ditahan selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap budak perempuan berusia lapan tahun.

Sumber polis berkata, suspek lelaki berusia 54 tahun terbabit ditahan di sebuah rumah di daerah Kuala Nerus, semalam.

Penahanan suspek dilakukan susulan laporan dibuat keluarga mangsa di Balai Polis Gong Badak, Disember lalu.

“Laporan berkenaan dibuat selepas mangsa membongkarkan rahsia berhubung kes berkenaan kepada keluarganya.

“Difahamkan serangan berlaku ketika mangsa tinggal di rumah pengasuh yang terletak di daerah Kuala Nerus.

“Suspek adalah bapa saudara kepada pengasuh terbabit dan dia didakwa mengambil kesempatan bagi memuaskan nafsu sewaktu kanak-kanak berkenaan berada di rumah pengasuh dengan melakukan amang seksual,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Susulan kejadian lelaki berkenaan ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kuala Terengganu.

“Hasil saringan mendapati suspek positif methamphetamine.

“Proses permohonan reman terhadap suspek dilakukan di Mahkamah Majistret/ Sesyen Kuala Terengganu, hari ini bagi siasatan lanjut berhubung kes berkenaan,” katanya.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek berkenaan berhubung kes amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan.

Suspek kini direman tujuh hari bagi siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...