Skip to main content

Kelantan Sah Beli Mercedes RM600K Untuk Menteri Besar

Sumber kerajaan negeri Kelantan hari ini mengesahkan kereta Mercedes Benz dengan plat pendaftaran DV 1 adalah kenderaan rasmi baru buat kegunaan Menteri Besar, Ahmad Yakob.

"Ya betul, yang kita tahu beli tahun lepas lagi," katanya ringkas kepada Malaysiakini dengan syarat namanya tidak didedahkan.

Sebelum ini, tular di media sosial bahawa kerajaan negeri pimpinan PAS itu telah membeli sebuah kereta Mercedes jenis S 450 L AMG Line berwarna hitam pada harga lebih RM600,000.

Baru-baru ini, laporan yang mendakwa kerajaan persekutuan akan membeli 32 unit Toyota Vellfire untuk kegunaan menteri dan 3,000 unit Honda Accord untuk pegawai kanan kerajaan mengundang bidasan pelbagai pihak.

Ini kemudiannya, memaksa menteri kewangan untuk tampil dan menjelaskan bahawa keputusan itu dibatalkan selepas syarikat yang dilantik untuk membekalkan kenderaan untuk kegunaan rasmi berkenaan mengesahkan bahawa terdapat bekalan kereta Perdana yang mencukupi.

Mengulas pembelian itu, Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan, Senator Husam Musa mahu menteri besar memberi penjelasan apakah pemerolehan tersebut menggunakan wang bayaran tunai petroleum yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan sebelum ini.

"Kita nak tahu kerajaan negeri Kelantan beli kereta Mercedes baru untuk kegunaan menteri besar itu daripada sumber kewangan mana?

"Adakah daripada hasil wang bayaran hasil petroleum?" soalnya semasa dalam satu temubual bersama Malaysiakini.

Sebelum ini adalah dilaporkan Kelantan menerima bantuan 'one-off' berjumlah RM400 juta daripada kerajaan persekutuan pada 25 Disember tahun lalu.

Sambil mengucapkan terima kasih, Ahmad berkata kerajaan negeri menerima surat khas daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan berkata peruntukan itu akan digunakan untuk meningkatkan sosio-ekonomi, kesejahteraan rakyat dan mengukuhkan fiskal kewangan negeri.

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...