Powered by Blogger.

Friday, January 10, 2020

Dulu Di Ejek, Sekarang Jadi Rebutan

NUR SULTAN - Meskipun pada awalnya asal usul dua beradik perempuan albino dari Kazakhstan ini sering dipertikaikan, namun mereka kini menjadi rebutan sebagai model di negara itu.

Asel Kalaganova, 12, dan adiknya, Kamila Kalaganova, 2, dilahirkan berbeza dengan seorang lagi adik-beradik lelaki mereka, Aldiyar yang dilahirkan normal.

"Ramai yang terkejut apabila mengetahui kami albino. Kebanyakan mereka tidak tahu mengenai penyakit itu," kata Asel.

Asel mula berjinak-jinak menjadi model pada usia 10 tahun, namun kemunculan Kamila menarik minat lebih ramai orang dan sehingga kini remaja itu mempunyai lebih 23,800 pengikut di media sosial.

Menurut ibunya, Aiman Sarkitova, 38, ketika anak sulungnya dilahirkan, doktor juga terkejut dan menyangka dia adalah orang Rusia.

"Dari situ saya mula membaca tentang penyakit albino.

"Kanak-kanak albino tidak banyak beza dengan budak normal. Cuma rambut, bulu mata, mata dan warna kulit sahaja berbeza," katanya.

Ternyata, Asel dan Kamila rupanya mempunyai genetik penyakit itu daripada moyang mereka. - Sinar Harian