Skip to main content

Polis sudah Panggil Penganjur Tattoo Bogel

SHAH ALAM - Polis sudah memanggil penganjur Tattoo Malaysia Expo 2019 pagi ini untuk memberi keterangan berhubung peragaan tatu separuh bogel dalam acara tersebut.

Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB) dalam kenyataan memaklumkan pihaknya berhak menarik balik sebarang bentuk sokongan jika berlaku pelanggaran terma seperti yang berlaku pada program berkenaan.

Kata kenyataan itu lagi, MyCEB memberi sokongan terhadap program berkenaan selepas menyemak semua dokumen dan kelulusan daripada pihak berkuasa negeri dan kerajaan tempatan.

"Penganjuran antarabangsa amat baik untuk industri pelancongan dan ia memberi impak positif kepada ekonomi negara. Tambahan pula, tatu adalah satu bentuk budaya yang amat signifikan kepada rakyat Sabah dan Sarawak," kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu juga menyebut Tattoo Malaysia Expo 2019 berlangsung sejak Jumaat lalu dan berakhir semalam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur membabitkan 35 negara.

"Acara sama seumpama ini dikenali Sabah International Tattoo & Culture Convention 2015 berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah manakala untuk kali kedua dan ketiga masing-masing pada 2016 serta 2017 dan dikomersialkan di bawah nama Sabah International Tattoo Convention," jelas kenyataan itu.

Terdahulu, Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya hari ini akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penganjur Tattoo Malaysia Expo 2019 susulan peragaan separuh bogel diadakan pada acara tersebut.

Semalam, tular di media sosial gambar serta visual peragaan separuh bogel dalam salah satu acara yang dianjurkan pada expo tersebut sekali gus membangkitkan kemarahan orang ramai. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut