Powered by Blogger.

Wednesday, December 11, 2019

Majistret Dituduh Terima Suapan RM295,000

KUALA LUMPUR: Seorang Majistret di Mahkamah Sesyen dan Majistret Raub telah dituduh melakukan rasuah di Mahkamah Khas Rasuah Kuantan.

Tertuduh, Mohamad Amin Shahul Hamid didakwa melakukan lapan kesalahan membabitkan nilai suapan berjumlah RM295,000.

Mengikut kertas pertuduhan, Majistret berusia 38 tahun itu didakwa telah secara rasuah meminta dan memperoleh suapan wang berjumlah RM295,000 untuk tidak mengenakan hukuman penjara terhadap kesalahan kerana didapati menyimpan dan menjual rokok seludup.

Bagaimanapun, hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib membenarkan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin serta pasport diserahkan kepada pihak mahkamah.

Kes akan disebut semula pada 15 Januari depan.

Sebelum ini, Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu, kes rasuah dalam kalangan penjawat awam ketika ini amat serius.

Katanya, ia bukan sahaja membabitkan pegawai kerajaan biasa, tetapi juga mula menjangkiti pengamal undang-undang. - Astro AWANI