Skip to main content

Kes Dengan Suami Belum Selesai 'Beratus-ratus Mesej Nak Kenal' Saya Masih Isteri Orang




‘Saya masih isteri orang... Berhentilah hantar mesej mahu berkenalan.’

Itu permintaan Lufya yang mendakwa tidak tahan apabila mendakwa saban hari menerima beratus-ratus mesej daripada jejaka melalui akaun media sosial, biarpun kes perceraiannya dengan suami, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, belum selesai.

Lufya atau nama sebenarnya, Lutfyah Sheikh Omar memberitahu, biar apapun kemelut yang melanda dalam rumah tangganya, dia masih isteri orang.

“Beratus-ratus mesej saya terima konon hendak ‘merawat’ hati ini. Saya tak balas kerana saya masih isteri orang walaupun status bagai ‘tergantung’.

“Saya boleh jaga diri dan maruah... Kenapa lelaki yang menghantar mesej begini tidak boleh jaga diri?

“Bukan niat saya hendak berbangga dengan berkongsi paparan skrin mesej diterima di Instagram (IG), apatah lagi bermegah konon ada yang sanggup membahagiakan diri ini.

“Hakikatnya, saya masih isteri orang... Jadi, hentikanlah menghantar mesej begitu,” katanya kepada BH Online.

Baru-baru ini, Lufya memuat naik paparan skrin mesej yang didakwa diterima daripada jejaka yang mahu berkenalan dan mendekatinya.

Pada 16 Oktober lalu, gosip konon rumah tangganya goyah terjawab apabila Lufya tampil pada sebutan kes permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya.

Bagaimanapun, Dr Che Muhammad Hafiz tidak hadir pada prosiding itu.

Lufya mendakwa suaminya sudah diberi notis awal untuk hadir ke mahkamah, namun gagal menunjukkan muka.

Bintang Mahar Tanpa Cinta itu mendirikan rumah tangga dengan Hafiz pada 26 November 2016. Mereka dikurniakan anak perempuan, Laana Haura, yang berusia dua tahun.

Pergolakan rumah tangga Lufya dan suami ‘dihidu’ media pada Oktober, tahun lalu hingga diperkatakan ramai. Ada pihak mendakwa pasangan terbabit mahu berpisah. Namun, menerusi IG, Lufya menjelaskan perkahwinan mereka masih utuh dan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi.

September lalu, rumah tangga pasangan ini kembali menjadi bualan apabila pelakon itu memuat naik status mendakwa suaminya tidak menjalankan tanggungjawab selepas tiga bulan berkahwin.

Lufya berkata, dia mahu memberi perhatian kepada prosedur ditetapkan mahkamah dengan harapan semuanya dapat diselesaikan dengan baik.

“Saya mahu penamat yang baik dengan dia (suami)... Hati ini sudah tiada kepadanya, dia pun sama,” katanya yang dijadual hadir ke mahkamah pada 10 Disember ini bagi meneruskan prosiding permohonan cerai. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...