Skip to main content

Gerhana Matahari: Rusa Berkumpul, Ular Tidak Bergerak, Monyet Berdiam

JOHOR BAHRU - Gerhana matahari anulus atau cincin yang berlaku hari ini didapati turut mempengaruhi perilaku haiwan.

Pemerhatian sekumpulan pelajar dari Fakulti Alam Bina dan Ukur Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terhadap reaksi haiwan di Zoo Johor, di sini semasa fenomena itu mendapati sekumpulan rusa berada dalam kawanan ketika kemuncak gerhana itu berbanding sebelumnya.

“Ular menjadi pilihan untuk dilakukan pemerhatian kerana sifat haiwan itu yang sensitif terhadap perubahan alam. Berdasarkan pemerhatian, haiwan itu bergerak sekali sekala sebelum waktu kemuncak gerhana dan tidak bergerak pada waktu kemuncak.

"Monyet pula dilihat agresif pada sebelah pagi tadi sebelum diam pada waktu kemuncak gerhana,” kata Nur Rabiatuadawiyah Baharul Azidi, 25, salah seorang daripada lima pelajar tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Geomatik yang terlibat dalam pemerhatian itu.

Pelajar berkenaan memulakan pemerhatian pada jam 9 pagi dan kemudian ditumpukan pada waktu kemuncak gerhana kira-kira jam 1.20 tengah hari sehingga gerhana berakhir 3.20 petang, terhadap haiwan jenis mamalia dan reptilia iaitu sekumpulan rusa, seladang, ular, gajah, harimau, singa serta monyet.

Selain merekodkan pergerakan kesemua haiwan itu, mereka turut merekodkan kelajuan angin dan suhu dengan menggunakan alat anemometer.

Pemerhatian tersebut dilakukan menerusi subjek Falak Syarie di bawah kendalian pensyarah kanan Fakulti Alam Bina dan Ukur UTM, Dr Othman Zainon.

“Seorang daripada kami ditugaskan memerhati pergerakan dan tindak balas sekumpulan rusa dan seekor seladang. Dua orang memerhati dua ekor ular sawa batik, dua ekor ular sawa albino serta seekor ular tedung selar manakala dua lagi memerhati dua ekor gajah, beberapa ekor harimau, singa dan monyet,” kata Nur Rabiatuadawiyah yang ditemui di zoo berkenaan.

Sementara itu, Othman yang dihubungi berkata, sebelum ini beliau dan para pelajar fakulti itu pernah melakukan pemerhatian sama terhadap sekumpulan rusa di universiti itu ketika berlakunya gerhana matahari separa pada 9 Mac 2016.

“Ketika kemuncak gerhana matahari separa itu, sekumpulan rusa didapati panik dan berada dalam kumpulan kawanan mereka.

“Jadi, kali ini kita mahu melihat perilaku yang sama atau sebaliknya ketika berlakunya gerhana matahari cincin ini,” katanya yang berada di Tanjung Piai bagi menyaksikan fenomena tersebut hari ini. - Bernama

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...