Skip to main content

Buang Bulu Roma 'Saya Dah Tanya Ustaz'

KUALA LUMPUR: Kecoh apabila pelakon, Ardell Aryana, berkongsi foto dan video menunjukkan dia mengikuti prosedur membuang bulu roma pada wajah di Instagram (IG), baru-baru ini.

Dihujani pertanyaan netizen apakah prosedur itu boleh dilakukan wanita Islam, Ardell yang mendapatkan khidmat membuang bulu roma di pusat laser Hairy Mary di ibu negara, mendakwa sudah merujuk perkara itu kepada ustaz.

Pusat laser itu diusahakan bersama bapa saudaranya, Dr Por Yang Sheng.

“Saya leraikan persoalan itu dengan bertanya ustaz dan mereka yang lebih pakar.

“Agama kita mementingkan kebersihan. Jadi, tidak salah untuk kita membuang bulu roma jika memudaratkan atau memberi masalah,” katanya kepada BH Online.

Isteri kepada aktor Nadzmi Adhwa itu menambah, sebagai wanita, apatah lagi berstatus isteri, soal kebersihan diri perlu diutamakan.

“Kalau sudah berkahwin, semua aspek dalam kebersihan perlu diambilkira untuk kebaikan bersama suami isteri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ardell memberitahu, dia akan menyertai misi kemanusiaan ke Syria, tidak lama lagi.

“Saya pernah menyertai misi kemanusiaan seperti di Palu, Indonesia. Tetapi, saya lebih selesa tidak berbicara mengenainya kerana bimbang dikatakan menunjuk-nunjuk,” katanya.

Ardell berkata, dia akan berangkat ke Syria pada 8 Januari depan.

“Misi ini dianjurkan Yayasan Tabung Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM). Insya-Allah, saya harap aktiviti kemanusiaan seperti ini akan menjadi ikutan ramai,” katanya yang diumumkan Ikon Misi Kemanusiaan YDKMM Musim Sejuk ke Syria, baru-baru ini. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...