Skip to main content

Video: Polis Kenal Pasti Video Tular Kejadian Sebenar, 'Penyokong Indonesia Dipukul'


Polis percaya kejadian samun dan pukul melibatkan seorang lelaki warga Indonesia di Bukit Bintang di Kuala Lumpur, Selasa lepas, tidak mempunyai kaitan dengan perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes samun memandangkan mangsa iaitu Fuad Naji kehilangan pasport dan sejumlah wang.

Menurut Huzir, polis menerima laporan daripada Fuad yang memaklumkan telah dipukul serta disamun sekumpulan lelaki di kawasan berkenaan pukul 2 pagi.

“Satu kertas siasatan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan telah dibuka dan motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Iklan

Beliau berkata pihaknya sedang mengesan lelaki warga Indonesia itu kerana pegawai penyiasat tidak dapat merekod kenyataan daripada beliau pada hari kejadian.

“Mangsa (Fuad) terus menghilangkan diri setelah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan sebaik selesai membuat laporan di Pondok Polis Hospital.

“Usaha mengesan Fuad di hotel juga menemui jalan buntu dan polis menggesa agar beliau serta rakan yang menjadi mangsa tampil membantu siasatan,” katanya.

Menurut Huzir, polis akan memohon kerjasama Kedutaan Indonesia untuk memaklumkan kepada Fuad tentang perkara itu.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya sedang mengenal pasti individu yang merakam serta menyebarkan rakaman video tular yang dikatakan menunjukkan beberapa warga Indonesia dipukul.

“Mana-mana individu atau saksi yang mempunyai maklumat berkenaan insiden itu juga diminta tampil untuk membantu siasatan,” katanya.

Baru-baru ini, satu video berdurasi kira-kira 48 saat telah tular di media sosial memaparkan beberapa individu dipercayai warga Indonesia dicederakan oleh beberapa warga Malaysia, yang didakwa ada kaitan dengan perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil Selasa lepas. -Bernama

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut