Aeril Zafrel Mohon Doakan Wawa Zainal


Pelakon Aeril Zafrel memohon pemiat mendoakan isterinya, Wawa Zainal yang dijangka bakal bersalin hari ini.

Aeril berkongsi berita tersebut menerusi entri terbaru diakaun Instagramnya.

Entri tersebut juga diserta dengan video pendek merakamkan Wawa yang kini berada di hospital.

“Insya-Allah hari ini baby keluar. Mohon doa dari semua segalanya dipermudahkan.... #wawabundleofjoy,” tulisnya ringkas.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mula memberi kata-kta semangat selain mendoakan urusan bersalin dipermudahkan.

Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan dua anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4. - Astro Gempak