Skip to main content

Suami Carikan Pelanggan Untuk Isteri


KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melacurkan serta menjadi bapa ayam kepada isterinya ketika dihadapkan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, di sini pada Rabu.

Pengakuan dibuat selepas pertuduhan mengikut Seksyen 27 dan Seksyen 28 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melacurkan atau membiarkan isterinya berusia 32 tahun melacurkan diri di sebuah bilik hotel di daerah Kuala Terengganu kira-kira jam 8.40 malam pada 24 Julai lalu.

Tertuduh juga didakwa menjadi orang tengah terhadap perlakuan sumbang antara isterinya dan lelaki lain di lokasi, waktu dan hari yang sama.

Sementara itu, di mahkamah sama, isterinya turut didakwa mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 kerana perbuatan sebagai persediaan untuk melacurkan diri.

Bagaimanapun suri rumah itu mengaku tidak bersalah atas dakwaan tersebut, bersama seorang pelanggannya di bilik hotel, waktu dan hari sama.

Pendakwaan dikendalikan pendakwa syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu, Mohd Khasmizan Abdullah manakala pasangan suami isteri itu diwakili peguam Fazru Anuar Yusof daripada Tetuan Khairul Sofian Anuar & Co.

Sejurus pengakuan pasangan itu direkodkan, mahkamah menetapkan 19 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes.

Mahkamah turut membenarkan tertuduh lelaki diikat jamin sebanyak RM2,000 bersama seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Manakala tertuduh wanita di ikat jamin sebanyak RM1,500 bersama seorang penjamin selain menetapkan syarat kedua-dua penjamin adalah individu berbeza.

Sebelum itu pasangan suami isteri itu ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) selepas tindakan mereka yang mempromosikan khidmat seks menerusi aplikasi WeChat dihidu. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...