Skip to main content

Penunggang Motor Wanita Jadi Mangsa, Lelaki Mengamuk


KUANTAN - Tiga cedera ditikam seorang lelaki yang mengamuk di Taman Kampung Padang di sini pagi tadi.

Salah seorang daripada mangsa didapati tidak sedarkan diri dan dipercayai telah meninggal dunia.

Difahamkan suspek seorang lelaki berjaya ditangkap orang awam yang berada di kedai kopi berhampiran dalam satu pergelutan dan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Penduduk Taman Impianku, Abd Halim Othman, 52, yang juga saksi di tempat kejadian berkata, kira kira jam 10.30 pagi tadi, dia dan beberapa rakannya sedang minum di kedai kopi berhampiran telah melihat suspek sedang menolak seorang wanita dengan kerusi roda.

Curiga dengan situasi itu dia mendekati suspek untuk bertanya apa yang berlaku, namun sebaik mendapati suspek memegang pisau dan ada kesan darah pada leher mangsa serta baju suspek, dia terus menghubungi polis.

Pada masa sama suspek meluru dan menikam dua individu lain iaitu seorang wanita dan seorang lelaki dewasa yang sedang menaiki motosikal di kawasan itu dan dipercayai mereka mempunyai talian kekeluargaan.

"Apabila nampak suspek bertindak begitu saya dan rakan-rakan bergelut dengannya dan berjaya melepaskan pisau daripada tangannya.

"Kami ikat mangsa di tepi jalan supaya dia tidak bertindak lebih agresif dan tunggu kedatangan polis," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Sementara itu, Sinar Harian kini sedang mendapatkan pegawai bertugas di Ibu Pejabat Daerah Kuantan untuk pengesahan lanjut. - Sinar Harian
 

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...