Skip to main content

Pengguna Facebook Kongsi ‘Fan Belt’ Putus Gara-Gara Lelaki Misteri?




SEREMBAN - Kejadian 'fan belt' kereta yang rosak seperti dihiris dengan benda tajam di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah selatan tular di laman sosial Facebook baru-baru ini.

Kejadian tersebut disedari lebih awal oleh salah seorang ahli keluarga sebelum mereka meneruskan semula perjalanan ke Pasir Gudang, selepas berhenti berehat lokasi berkenaan pada jam 5.20 pagi.

Menerusi perkongsian tersebut, Abdullah Salleh memberitahu merasakan sesuatu tidak kena pada kereta dipandu anak lelakinya sebelum membuka bonet depan, memeriksa dan mendapati ‘fan belt’ hampir putus.

Ketika itu katanya, entah dari mana datang seorang lelaki yang tidak dikenali tiba-tiba menawarkan bantuan tetapi mereka menolak dan Abdullah kemudian bertindak menghubungi Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) untuk tindakan selanjutnya.

Abdullah turut berharap insiden itu menjadi iktibar dan peringatan buat pengguna jalan raya supaya lebih berwaspada di lokasi-lokasi yang dirasakan selamat tetapi sebenarnya bahaya.

Hantaran yang tular itu mendapat perhatian netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka selain mohon Plus menambah kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengelak kejadian sedemikian.

Zainab Junus, "Patut letak CCTV lebih banyak untuk elak. Sekarang pun ada R&R tertentu yang ada Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) jaga. Sebab memang kadang orang tiada pilihan terpaksa juga berhenti untuk teruskan perjalanan. Kalau tengah malam siap ada bayi. Nak tak nak terpaksa," katanya.

Kata Firdaus Ahmad, "Tak silap saya kes macam ini kat R&R Seremban memang dah banyak kali 'viral', sampai orang kata jangan parking kereta kat tempat tersorok. Dulu puak-puak ni suka buka penutup radiator. Sekarang ni potong 'timing belt' pula. Pihak berkuasa tolonglah buat sesuatu." - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...