Skip to main content

Pengasuh Sumbat Cili Dalam Mulut Anak Asuhan



PUTRAJAYA - Seorang pengasuh yang baru selesai menjalani hukuman penjara Jun lalu atas kesalahan menyumbat cili hijau ke dalam mulut seorang kanak-kanak sehingga mati tercekik dihantar semula ke penjara selepas Mahkamah Rayuan di sini menambah hukuman penjaranya kepada 10 tahun lagi.

Hakim Datuk Yaacob Md Sam yang mengetuai panel tiga hakim berpendapat bahawa hukuman penjara 18 bulan yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi ke atas responden, Asmarani Ghazali sebelum ini adalah tidak mencukupi.

Dalam membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk meningkatkan hukuman penjara, Yaacob berkata, hakim Mahkamah Tinggi sebelum ini terkhilaf dalam membuat keputusan apabila menimbang kepentingan responden melebihi kepentingan awam.

Panel yang juga terdiri daripada Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof dan P Ravinthran mengarahkan Asmarani menjalani hukuman penjara itu mulai tarikh dia ditangkap pada 21 Jun 2018.

Asmarani, 40, telah dibebaskan dari penjara pada 21 Jun lalu selepas dia selesai menjalani hukuman penjara 18 bulan.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zain Ibrahim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat ke atas Asmarani.

Beliau menyifatkan tindakan wanita itu yang meletakkan cili hijau ke dalam mulut Muhammad Afif Kamarol Azli yang berusia dua tahun setengah, ketika berada di bawah jagaannya, hanya kerana mangsa merengek adalah tindakan keterlaluan.

Laporan bedah siasat mengesahkan punca kematian kanak-kanak itu adalah kerana tercekik.

Asmarani, yang merupakan ibu kepada tiga anak pada mulanya didakwa atas pertuduhan membunuh namun dia kemudian ditawarkan pertuduhan alternatif di bawah Akta Kanak-kanak 2001 kerana menganiaya kanak-kanak dan dia mengaku bersalah atas tuduhan itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Tuanku Ja'afar, Seremban, dua hari sebelum Hari Raya Aidilfitri antara 9.30 pagi dan 10 pagi pada 13 Jun tahun lepas.

Terdahulu, peguam Datuk Hanif Hassan yang mewakili Asmarani berhujah hukuman penjara 18 bulan yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi adalah bersesuaian, sambil menambah bahawa Hakim Mahkamah Tinggi telah mempertimbangkan semua aspek termasuk kenyataan daripada ibu kanak-kanak itu.

Hanif kemudian memberitahu wartawan bahawa dia menerima arahan daripada anak guamnya itu untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan semalam. - Bernama

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...