Skip to main content

Padah Berkawan Dangan Wanita Indonesia, Lelaki Ini Dibunuh


RAWANG: Seorang pekebun buah ditemui mati dengan kesan tikaman disyaki dibunuh di Jalan Kampung Baru Kundang, Rawang malam tadi.

Mangsa ditemui terbaring oleh seorang rakan di tepi jalan kira kira jam 8.55 malam bersama barangan miliknya serta sebuah motosikal.

Polis sebelum itu menerima panggilan kecemasan yang mendakwa terdapat kes pergaduhan di lokasi berkenaan.

Setiba di lokasi, polis menemukan mangsa yang berusia 45 tahun itu terbaring tidak sedarkan diri. Terdapat kesan luka di dada sebelah kiri mangsa disyaki akibat terkena senjata tajam.

Mangsa disahkan maut oleh pembantu perubatan Klinik Kesihatan Kuang dan mayatnya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata polis menahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 35 tahun yang bekerja sebagai pekebun sayur.

Siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai akibat cemburu berikutan mangsa didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita warga Indonesia disyaki rakan suspek.

Polis sedang memburu beberapa lagi suspek yang terlibat dalam kejadian ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menghubungi Bahagian Siasatan Jenayah IPD Gombak di talian 03-61262222 atau pegawai penyiasat ASP I. Agilan di talian 019-523 0801.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...