Powered by Blogger.

Friday, November 29, 2019

Maaf Sangat-Sangat Disebabkan Aku… Kami Tersingkir Awal”

Bintang Maharaja Lawak Mega (MLM2019) Tapai memohon maaf kepada Tauke kerana kumpulan JAMBUS tersingkir pada saingan minggu kelima.

Tapai meluahkan isi hatinya itu menerusi entri terbaru yang dimuat naik di akaun Instagramnya hari ini.

Menerusi posting tersebut, Tapai seolah-olah menyalahkan dan meletakkan dirinya sebagai punca JAMBUS tersingkir.

“Maafkan saya semua sahabat... Maafkan wa toq @callmetaukejambu disebabkan wa... Lu tersingkir awal... Maaf sangat-sangat…

“Terima kasih pada semua sahabat tak henti-henti sokong, doa... Yang undi online dan berhabis duit undi sms...

“Semoga Allah balas jasa anda semua... Orang cakap ada hikmah ni... aku cakap tak..... disebabkan aku... kami tersingkir awal... #jambus,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya berharap Tapai bersabar selain menganggap kumpulan tersebut tiada rezeki.

MLM2019 minggu kelima yang bertemakan pekerjaan menyaksikan penyingkiran kumpulan JAMBUS dengan markah terendah 39.79%.

Jangan lupa saksikan MLM2019 setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Auditorium Royal Teater Shah Alam.

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124)

Untuk mengundi, undian boleh dilakukan secara:

1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/maharajalawakmega

2.Undian SMS: Taip ML<jarak>NAMA KUMPULAN atau ML<3/5/10/20><jarak>NAMA KUMPULAN untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

Untuk perkembangan terkini MLM2019, layari gempak.com/maharajalawakmega - Astro Gempak