Powered by Blogger.

Thursday, November 28, 2019

Lelaki Kacak Ini Jadi Tumpuan Para Gadis Gambar Yang Eina Azman Kongsi


Pelakon Datin Eiza Azman mencuri tumpuan wargamaya apabila berkongsi sekeping foto dirinya yang kini sedang menunaikan ibadah umrah di Makkah.

Eiza atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 24, berkongsi dua foto membeli sejadah di Instagram (IG) miliknya.

“Sejadah murah murah saja,” tulis Eina sebagai kapsyen.Namun, apa yang menarik perhatian wargamaya terutamanya para gadis adalah seorang lelaki kacak yang secara tidak sengaja tunafoto di dalam foto Eina.

Sedang Eina sibuk membelek sejadah yang dipilih, mata lelaki kacak tersebut tepat memandang kearah kamera dan membuatkan para gadis tak tentu arah.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata gadis terpaku dengan wajah kacak lelaki tersebut dan ramai yang meminta Eina untuk menyampaikan salam kepadanya.

“Semua mata terfokus kat gambar nombor 2,” komen seorang wargamaya.

“Yang belakang tu serius tengok kamera,” ujar seorang wargamaya.

“Kirim Salam lelaki yang belakang tu,” pinta seorang wargamaya.

“Jodoh saya ke yang belakang tu? Gambar nombor 2,” tanya seorang wargamaya.

“Datin mashallah elok yang belakang tu hahaha,” usik seorang wargamaya.

“Bakal imam, gambar nombor 2 yang belakang,” kata seorang wargamaya.

“Gambar nombor dua yang blakang tu mata tajam nak tembus telefon ni,” komen seorang wargamaya lagi.

Menyedari ramai gadis yang membanjiri ruangan komen, Eina sempat berseloroh dengan membalas emoji gementar.

Minggu lalu, Eina dan suami Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden pergi menunaikan umrah di Makkah bersama ahli keluarga mereka. - Astro Gempak