Powered by Blogger.

Friday, November 29, 2019

Hanya Nangis Mampu Perolehi Pendapatan RM10.000 Sebulan



HENAN - Seorang wanita berasal dari wilayah pedalaman Henan di China menyara keluarganya dengan 'bakat' menangis.

Wanita berkenaan dibayar upah untuk menghadiri pengebumian individu tidak dikenali dan dia dikehendaki menangis serta meratap hiba seolah-olah si mati adalah ahli keluarganya sendiri.

Menurut wanita yang enggan dikenali itu, dia menerima bayaran sekurang-kurangnya 330 yuan (RM196) untuk menangis selama 30 minit.

Dalam setahun, dia mampu memperolehi 200,000 yuan (RM118, 829) pendapatan yang agak lumayan di kawasan pedalaman China.

Pendapatan yang dikumpul selama lebih 20 tahun menjalankan kerja itu membolehkannya membeli sebuah rumah untuk keluarganya selain menghantar anak sulungnya menuntut di universiti. - Sinar Harian