Skip to main content

Belajar Dengan Suami Kedua, Berkongsi Dengan Suami Ketiga, Wanita Hamil Dicekup Bersama Suami


BESUT – Seorang wanita hamil dua bulan bersama suaminya ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam Operasi Cegah di sekitar Kuala Besut, Jerteh dan Hulu Besut, Besut malam tadi.

Pasangan yang tinggal di Kuala Besut itu antara 13 individu yang ditahan dalam operasi bermula jam 12 tengah malam hingga 11 pagi tadi kerana menagih pil kuda.

Ketua Pegawai AADK Besut, Nor Hafizza Mat Zin berkata, ketika operasi dilakukan, wanita berusia 34 tahun itu sedang tidur bersama dua anaknya manakala suaminya bersembunyi belakang pintu.

Menurutnya, wanita mempunyai enam anak berusia setahun hingga 12 tahun itu dikatakan mula menagih dadah sejak 13 tahun lalu ketika berkahwin dengan suami keduanya yang juga penagih dadah.

Antara individu yang ditahan AADK Besut dalam operasi Cegah malam tadi. Foto: AADK Besut

“Dia mendakwa mengambil dadah kerana tekanan perasaan dan sekarang berkongsi dadah dengan suami ketiga, juga seorang penagih yang bekerja sebagai pembuat bot fiber.

“Wanita ini mengaku mengambil sebiji dadah seminggu, manakala suaminya berusia 27 tahun mengambil dadah seminggu sekali sebanyak lima biji pil kuda,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi hari ini.

Hasil ujian air kencing mendapati pasangan itu dan tahanan lain positif dadah jenis methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Pindaan 1998) dan Seksyen 8(3)(a) akta sama.

Operasi itu dijalankan oleh 12 anggota AADK Besut bersama Nor Hafizza. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...