Skip to main content

'Aku Berterima Kasih Kepada Hitler Kerana Holocaust' Graduan Buat Simbol Nazi



SEORANG graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) mencetuskan kontroversi apabila melakukan tabik hormat ala Nazi selepas mengambil skrol ijazah dalam Majlis Konvokesyen UMS 2019 Sabtu lalu.

Gambar graduan tersebut dengan gaya tabik hormat yang digunakan semasa zaman pemerintahan Adolf Hitler di Jerman itu kemudiannya dikongsikan ke dalam laman Facebook peribadinya sebelum dipadam.

Menurut paparan skrin yang tular graduan tersebut mendakwa, tindakannya itu bertujuan menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin yang menderita akibat perbuatan kejam Yahudi.

“Simbolik Hitler ini aku gayakan di atas pentas keramat UMS kerana dunia menjadi buta ketika Yahudi bermaharajalela seolah-olah pemerintah negara-negara Islam adalah badut yang hanya menjadi politik dunia.

“Maka itu, aku bersolidariti untuk Gaza dek kerana marah, benci dan dendam yang aku pendam terhadap Yahudi.

“Maka aku berterima kasih kepada Hitler kerana Holocaust,” kata graduan itu di dalam laman Facebook miliknya.

Holocaust adalah insiden pembunuhan beramai-ramai masyarakat Yahudi yang tercetus di Eropah semasa Perang Dunia Ke-2.

Pembunuhan berkenaan dilakukan tentera Nazi yang dipimpin oleh Hitler.

Sementara itu, UMS dalam satu kenyataan pada Selasa menyatakan kekesalan terhadap tindakan pelajar berkenaan kerana memuat naik gambar berkenaan semasa berada di atas pentas konvokesyen.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporatnya, UMS berkata, tindakan pelajar itu tidak mencerminkan pandangan universiti, sebaliknya daripada pelajar itu sendiri.

“Semua pelajar telah dimaklumkan tatacara istiadat konvokesyen, termasuk mereka diingatkan agar memandang ke arah kamera selepas mengambil skrol.

“Pada kesempatan itulah pelajar berkenaan berhenti dan membuat gerakan tangan seolah-olah seperti melambai kepada audiens, dan kejadian itu berlaku dalam beberapa saat sahaja.

“Graduan tersebut kemudiannya menggunakan gambar itu dengan status yang tertera pada akaun media sosialnya,” katanya. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut