Skip to main content

Zarina Zainuddin Didenda RM17,500 Oleh Mahkamah


Pelakon Zarina Zainuddin dijatuhi hukuman denda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret di Petaling Jaya, hari ini atas enam pertuduhan memiliki dan menjual barangan kosmetik tanpa notifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), awal tahun ini.

Zarina, 49, selaku Orang Kena Saman (OKS) mewakili syarikat Addura Marketing Sdn Bhd membuat pengakuan bersalah atas kesemua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret M Bharat.

Pelakon itu didakwa atas lima pertuduhan memiliki pelbagai jenis barangan kosmetik tanpa notifikasi antaranya lapan kotak Addura Black Soap, 279 bekas Addura Day Cream, 89 bekas Addura Day Cream dan 294 bekas Addura Day Cream.

Dia turut didakwa atas satu lagi pertuduhan menjual satu set kosmetik jenama sama.

Mengikut fakta kes, sepasukan penguat kuasa dari Cawangan Penguatkuasa Farmasi (CPF) KKM telah menyerbu premis berdasarkan aduan daripada orang awam dan seorang pegawai dari CFF KKM telah menyamar sebagai pembeli barangan kosmetik yang dijual di premis itu.

Zarina kemudian telah keluar dan memperkenalkan diri sebagai pengarah syarikat dan hasil pemeriksaan mendapati barangan kosmetik yang dijual tidak dinotifikasi oleh KKM.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di premis Addura Marketing di Subang Jaya, dekat sini, pada 11.45 pagi, 9 Jan lalu mengikut Seksyen 18A(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang menjadi kesalahan di bawah Peraturan 18A (15) peraturan sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 bagi kesalahan pertama atau maksimum RM100,000 bagi kesalahan kedua dan seterusnya.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa dari CPF Selangor, Ong Sally memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap Zarina mengambil kira faktor ia bukanlah kesalahan kali pertama yang dilakukannya.

"Perbuatan menjual barangan terutamanya kosmetik yang tidak diketahui kandungannya adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab selain tidak diketahui keberkesanannya. Ia akan mendatangkan bahaya kepada pengguna.

"Bagi melindungi keselamatan orang awam saya mohon mahkamah menjatuhkan satu hukuman setimpal terhadap OKS," katanya.

Bagaimanapun, pelakon itu yang tidak diwakili peguam sambil menitiskan air mata merayu hukuman ringan atas alasan penjualan kosmetik itu telah dihentikan dan kini memulakan perniagaan lain. - Bernama

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...