Powered by Blogger.

Wednesday, October 23, 2019

Sekumpulan Wanita


China - Seorang wanita hampir dibogelkan di tengah jalan oleh sekumpulan wanita yang marah selepas wanita tersebut dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan suami salah seorang dari mereka.

Isteri lelaki berkenaan dikatakan mengamuk dan membawa beberapa rakannya untuk mengerjakan perempuan simpanan suaminya selepas suaminya kantoi mempunyai hubungan sulit dengan wanita berkenaan.

Rakaman video sekitar kejadian yang berlaku tersebut telah dirakamkan oleh seorang saksi yang turut berada di kawasan berkenaan menyaksikan kejadian malang yang menimpa teman wanita lelaki terbabit.

Menerusi rakaman video terbabit kelihatan isteri lelaki terbabit yang sedang mengamuk serta rakan-rakannya telah memukul, menendang serta mengoyakkan pakaian wanita terbabit.

Isteri lelaki terbabit serta rakannya berhasrat untuk memalukan wanita berkenaan dengan membogelkannya di tengah jalan tetapi telah dihadang oleh suami wanita berkenaan yang melindungi wanita berkenaan daripada terus menjadi mangsa amukan isterinya.

Lelaki berkenaan yang cuba melindungi teman wanitanya itu telah turut menerima hujanan pukulan daripada kumpulan isterinya itu.

Kejadian dikatakan berlaku di daerah Anhui, China Timur, rakaman video tersebut jelas menunjukkan lelaki tersebut yang memeluk kekasihnya bagi melindunginya dari terus menjadi mangsa keganasan terbabit sambil menjerit meminta agar isterinya itu menghentikan serangan itu.

Namun isterinya yang sedang marah itu tidak mengendahkan permintaan suaminya itu malah terus-terusan melempaskan pukulan ke atas pasangan tersebut manakala rakan-rakannya telah memotong pakai wanita berkenaan sehingga separuh bogel.

Walaupun kejadian tersebut di anggap sangat melampau dan memalukan seorang wanita tetapi tiada seorang pun dari penonton yang menyaksikan kejadian tersebut cuba untuk menghulurkan bantuan meleraikan pergaduhan terbabit.

Kedengaran suara teman wanita lelaki berkenaan yang menangis apabila dirinya diperlakukan begitu, keganasan tersebut berterusan sehinggalah akhirnya lelaki berkenaan yang menjerit memanggil polis sehingga isteri serta rakan-rakannya itu melariakn diri dari tempat kejadian.

Namun begitu jenayah kecurangan bukanlah suatu kesalahan yang boleh dihukum di tanah besar China, banyak kejadian yang seumpama ini berlaku selepas pasangan mereka didapati telah berlaku curang di belakang mereka.

Namun begitu selepas tangkapan dibuat, hukaman yang sangat ringan selalu diberikan kepada pelaku iaitu hanya hukuman dalam bentuk penahanan untuk beberapa hari sahaja atas kesalahan mengganggu ketenteraman awam.