Skip to main content

Akhirnya Individu Menulis Komen Itu Muncul


Kuala Lumpur - Seorang artis telah membuat laporan polis berhubung seorang pemilik akaun di Instagram yang berniat jahat terhadap anak-anaknya dan ianya akan memberikan kesan buruk ke atas mereka.

Setelah hampir seminggu laporan polis tersebut dibuat, akhirnya pemilik akaun terbabit telah tampil membuat pengakuan dan bersetuju untuk membuat perjumpaan dengannya.

Pada Isnin yang lalu, pelakon Rita Rudaini,43 tahun telah membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Instagram itu selepas mendapati komen yang diberikan olehnya berniat jahat dan boleh memberikan kesan buruk terhadap mereka.

Pengguna Instagram terbabit telah memberikan komen yang mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya itu, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kota Damansara, Selangor.

Menerusi Instagram milik Rita, dia memberitahu bahawa terdapat seorang netizen meninggalkan komen yang mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya pada salah satu foto yang di muatnaik.

“Entah anak-anak hang (kamu) anak sah taraf ke? Tanya jer,” tulis pemilik akaun tersebut.

Rita memberikan tempoh 14 hari kepada netizen berkenaan untuk tampil membuat permohonan maaf atau dia akan berdepan tindakan mahkamah tetapi menurut peguam yang dilantik oleh Rita iaitu Mohd Syakirin Syazwan Mohd Nayan, lelaki berkenaan telah pun menghubunginya bagi menyelesaikan isu tersebut.

Menurut Syakirin, selepas laporan polis dibuat individu berkenaan ada menghubungi berliau dan telah menjelaskan komen yang ditulis olehnya di Instagram milik Rita, tetapi memandangkan laporan polis telah pun dibuat jadi dia tetap perlu memberikan kenyataan kepada pihak polis.

Hanya berbaki lebih kurang tujuh hari sahaja daripada tarikh yang diberikan untuk lelaki terbabit tampil bersemuka dan membuat permohonan maaf kepada Rita, namun tarikh pertemuan terbabit masih dalam perbincangan dan akan ditetapkan oleh pihak polis.

Pertemuan tersebut dikatakan mungkin akan dibuat dalam masa terdekat malah lelaki terbabit pun memberikan kerjasama yang baik.

Seperti yang sedia maklum, Rita telah berkahwin denganAidil Zafuan Abdul Razak pada tahun 2008 dan hasil perkahwinan terbabit mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qada Arjuna.

Walaubagaimanapun akhirnya pada September 2013 mereka telah mengambil keputusan untuk bercerai.


Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...