Skip to main content

Selepas Protes Di Pentas Konvo, Graduan Biadab Ini Tak Dapat Transkrip Akademik Dari Universiti Malaya


Baru-baru ini tular di media sosial seorang graduan telah melakukan protes di pentas Istiadat Konvokesyen UM kali ke-59, kini kecoh pula graduan tersebut memuat naik satu video di facebook mengenai transkrip miliknya.

Graduan tersebut, Wong Yan Ke telah memuat naik video tersebut di facebook dan di penghujung video terbarunya itu ada menyebut agar VC pegang kata-katanya, saranan tersebut ditujukan kepada Naib Canselor Universiti Malaya (UM) Datuk Dr Abdul Hashim.

Video tersebut yang berdurasi selama enam minit 32 saat itu memperkatakan mengenai perkembangan terbaharu transkrip akademik Yan Ke selepas dia melakukan protes di pentas Istiadat Konvokesyen UM kali ke-59 tempoh hari.

Menurut Yan Ke, walaupun dia sudah mengembalikan pakaian istiadat konvokesyen termasuklah jubah  tetapi sehingga kini dia masih belum menerima transkrip miliknya.

Seperti termaktub dalam peraturan di laman sesawang konvokesyen UM saya sepatutnya menerima transkrip akademik selepas saya telah memulangkan jubah konvokesyen dan topi.

Tetapi selepas saya telah memulangkan semuanya mereka telah memberikan alasan mengarut yang menyatakan bahawa transkrip akademik saya kotor kerana itu ia tidak dapat diberikan.

“Bukan dalam keadaan elok, terdapat masalah pencetakan. Jadi mereka memutuskan untuk pegang dahulu transkrip akademik saya,” ujarnya.

Menurut mereka, dia akan dimaklumkan kemudian jika transkrip miliknya sudah sedia untuk diambil.

Susulan alasan yang dirasakan tidak relevan tersebut graduan Kejuruteraan Awam berkenaan menyatakan beberapa persoalan yang terbuku menerusi video berkenaan.

“Ada dua soalan yang saya nak tanya pada staf. Jika transkrip akademik belum siap, kamu sepatutnya maklumkan dahulu kepada pelajar sebelum mereka datang. Jika tidak, ia akan membazir masa mereka.

“Perkara kedua, jika sudah dinyatakan dalam peraturan kami akan mendapat transkrip pada masanya selepas mengembalikan jubah konvokesyen, tetapi kelihatan seperti mereka yang memungkiri janji.

Bagaimanapun selepas saya mula mempersoalkan situasi mengarut yang berlaku, mereka menyatakan pada saya bahawa sebenarnya mereka tak tahu jika skrol dan transkrip akademik saya akan ditahan oleh pihak universiti atau akan dibatalkan.

Menurut mereka perkara tersebut tidak dapat di jawab kerana mereka hanyalah staf dan tidak boleh menjawab isu berkenaan bagi pihak VC kerana tidak tahu situasi sebenar yang berlaku.

Bagaimanapun sehingga kini Naib Canselor UM masih tidak tahu apa kesalahan yang dilakukannya dan Yan Ke menyifatkan naib canselor sebagai ‘kebudak-budakan’ kerana enggan bersemuka sendiri dengan pelajar.

“Pertama membuat laporan polis. Kedua, meminta pelajar membuat protes untuk mempertahankan kamu dan kenyataan perkauman kamu.

“Dan terbaharu, perkara ketiga kamu lakukan, menahan transkrip akademik saya. Sampai bila kamu akan lakukannya?

“Jadi tolong, jadi intelektual yang bertanggungjawab seperti saya nyatakan dalam kenyataan saya, dan jadi lelaki.

“Jika rasa apa yang kamu kata itu benar, berhadapan dengan kami. Bukannya buat tindakan kebudak-budakan,” ujarnya lagi.

Setakat ini video tersebut telah meraih 19,000 tontonan dalam tempoh sejam selepas dimuatnaik.-Mstar Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...