Kerana Teguran Jangan Merokok Di Kawasan Sekolah


Indonesia - Seorang guru maut ditikam oleh seorang muridnya yang marah hanya kerana tidak dapat menerima teguran yang diberikan oleh guru terbabit.

Alexander Pangkey, 54 tahun merupakan seorang guru agama di SMK Inchthus Manado telah ditikam berulang kali oleh pelajarnya FL, 16 tahun hanya kerana dia telah menegur FL supaya tidak merokok di dalam kawasan sekolah.

Ketua Polis Manado Pol Benny Bawensel, ketika ditemui memberitahu bahawa kejadian tersebut berlaku pada pagi semalam dan suspek berasal dari Kampung West Mapanget, Daerah Mapanget, Kota Manado, Sulawesi Utara dan seorang rakan pada mulanya terlambat ke sekolah menyebabkan mereka telah ditahan oleh guru terbabit.

Mereka telah diberikan hukuman untuk menanam pokok bunga di plastik dan selesai melakukan hukuman tersebut FL dan rakannya duduk di halaman sekolah sambil merokok.

Walaubagaimanapun tingkah laku kedua-dua pelajar berkenaan telah dilihat oleh mangsa yang kemudiannya telah menegur mereka agar tidak merokok di dalam kawasan sekolah dan mangsa langsung tidak menyangka bahawa suspek tidak dapat menerima teguran yang diberikan olehnya.

Suspek kemudiannya telah pulang ke rumah bagi mengambil pisau dan kembali ke sekolah semula, ketika itu mangsa berada di atas motor dan suspek dengan serta-merta terus menikam mangsa berulang kali.

"Mangsa jatuh dari motosikalnya, dan berlari ke halaman sekolah, meminta bantuan," kata Bawensel.

Malah kedengaran Alexander Pangkey meminta FL untuk menghentikan tindakan keganasannya, "Dengan nama Yesus, atas nama Yesus, maka berhenti, dalam nama Yesus, bawa saya ke hospital," Alexander Pangkey menjerit.

"Tetapi Suspek malah terus mengejar mangsa dan menikamnya berulangkali di hadapan sekolah, walaupun mangsa ditikam, mangsa tetap bangkit, dan berjalan keluar dari halaman dan meminta guru-guru lain untuk mendapatkan bantuan," katanya.

Suspek terus melarikan diri dari tempat kejadian dan mangsa segera dibawa ke hospital tetapi malang bagi guru terbabit kerana dia tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia di Hospital Malalayang.

Bawensel mengesahkan kejadian, suspek kini telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Manado untuk tindakan lanjut.

Walaupun suspek di bawah umur tetapi dalam kes ini kami akan memakai artikel KUHP 340 terhadap suspek dengan hukuman 20 tahun penjara jika sabit kesalahan, katanya lagi.

Motif pembunuhan ini hanyalah kerana suspek tidak dapat menerima teguran dari mangsa menyebabkan dia menikam mangsa sehingga meninggal dunia.

Mangsa anak ke 3 daripada 9 beradik dikenali sebagai seorang yang baik,tenang, tidak suka bergaduh dan amat suka mengajar.

Kepemergian mangsa amat dirasai dan kesedihan menyelumbungi seluruh ahli keluarga, mangsa akan dikebumikan di Tondano, Sarget, Persekitaran 2.