Skip to main content

Gadis Ini Lari Ikut Nepal


PULAU PINANG - Seorang gadis yang menghilangkan diri mengugut ibunya untuk membunuh diri jika kehilangannya dilaporkan kepada pihak polis.

Gadis berusia 20 tahun itu dipercayai mengikut teman lelakinya yang merupakan warganegara Nepal dan sempat mengutuskan sepucuk surat kepada keluarganya sebelum melarikan diri.

Dalam surat tersebut, gadis terbabit yang mesra dipanggil Along turut meminta maaf kepada ibunya atas tindakannya melarikan diri.

Remaja tersebut turut berpesan supaya adiknya menjaga ibu mereka dan dia akan terus meninggalkan Pulau Pinang.

Sementara itu, seorang lelaki yang dipercayai rakannya yang sedang berusaha menjejaki gadis tersebut turut menyebarkan mesej supaya remaja itu dapat pulang ke pangkuan ibunya.

"Assalamualaikum, mohon sebarkan. Gadis lari rumah disyaki mengikut teman lelaki warga Nepal dikenali sebagai Ronny.

"Lokasi terakhirnya di Penang, bertatu di kedua-dua tangan yang bertulisan 'I am Evil'. Sila hubungi ayah beliau. Terima kasih," katanya."

Isu Surat Yang Ditinggalkan

"Wahai keluarga yang disayangi, maaf kerana tak sanggup lagi hidup bersama. Along minta maaf. Along dah banyak sakitkan hati mak dan kecewakan mak. Sampai di destinasi yang along tuju along call (hubungi) mak."

"Lepaskanlah anak mak, beban mak akan berkurangan jika Along pergi. Along sayang mak sangat," katanya di dalam surat tersebut."

"Fit, jaga mak. Jangan buat mak menangis. Jangan buat ayah hina mak lagi. Jaga adik-adik, Along takkan duduk di sini lagi."

"Along takkan duduk di sini, mungkin Along akan pergi jauh, mungkin ke Johor atau mungkin Negeri Sembilan. Jangan laporkan kepada pihak polis kalau mak tidak mahu Along membunuh diri," katanya."



Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...