Skip to main content

Krisdayanti Minta Netizen Bertenang


Selepas suaminya memuat naik hantaran di media sosial dengan menyentuh isu curang, peminat dan pemerhati dunia hiburan kecoh kerana menyangka rumah tangga Krisdayanti bergoncang lagi.

Terdahulu, suami diva itu, Raul Lemos, memuat naik kenyataan berkaitan isu curangnya pasangan dengan panjang lebar di Instagram Story.

“Sekali curang, sudah pasti akan curang lagi dan lagi. Stigma yang satu ni sudah sangat melekat dalam masyarakat.

"Ya, tidak ada seorang pun ingin dicurangi oleh pasangan dicintainya, terlebih apabila hubungan asmara sudah terjalin sekian lama.

“Namun apakah stigma tersebut benar adanya? Apakah teori yang mendukunngnya? Baca terus ulasan berikut ini,” kata ahli perniagaan asal Timor Leste itu.

Namun Krisdayanti, 44, segera memberikan reaksi.

Kata penyanyi lagu Aku Wanita Biasa itu orang ramai yang tidak mengetahui keadaan sebenar diminta tidak menjadi "gila" dengan hantaran Raul.

“Jangan menggila ya. Saya alhamdulillah baik, baru balik dari Dili, ada urusan kerja,” katanya seperti dipetik media tempatan Indonesia.

Mengulas perkara berkenaan, Krisdayanti - atau lebih mesra disapa KD - berkata kenyataan dikongsi Raul langsung tidak mempunyai kaitan dengan hal rumah tangga apatah lagi membabitkan perkahwinan mereka.

“Apabila membabitkan sesuatu kenyataan berkaitan kecurangan, tidak semuanya membawa maksud rumah tangga kamu tidak aman,” katanya.

Dia yang turut terkenal dengan lagu Cobalah Untuk Setia itu berkata, kemas kini dibuat Raul di media sosial mungkin mempunyai hubung kait dengan dunia pekerjaannya, atau isu lain.

Untuk rekod, status Raul, 49, yang dipolemikkan orang ramai itu sudah dipadamkan tidak lama kemudian.

Krisdayanti mendirikan rumah tangga dengan Raul pada 20 Mac 2011 dan dikurniakan dua anak, Ariannha Amora, 8; dan Kellen Alexander, 6.

Sebelum itu Krisdayanti bersuamikan penyanyi, Anang Hermanshah, sejak 1996 sebelum bercerai pada 2006. Mereka dikurniakan dua anak iaitu Titania Aurelie Nurhermansyah, 21, dan Azriel Akbar, 19.

Krisis hubungan suami isteri itu turut dibayangi isu perselingkuhan.

Sementara itu, Krisdayanti yang kini rasmi menjadi wakil rakyat mewakili Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) mengakui kehidupannya sebagai selebriti tidak menghalang dia berada lebih dekat dengan rakyat.

Penyanyi itu yang popular kerana sering tampil dengan penampilan glamor ada kalanya mengundang perhatian negatif segelintir pihak.

Menjadi wakil rakyat bagi kawasan Jawa Timur V (membabitkan daerah Malang, Kota Malang, dan Kota Batu) Krisdayanti dianggap lebih banyak melawa berbanding berjumpa rakyat yang diwakilinya.

Kata Krisdayanti, walaupun dia mementingkan kesempurnaan penampilan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, tugasnya berkhidmat kepada rakyat tetap tidak terabai.

“Kelmarin saya sempat melawat 600 kawasan walaupun memakai kasut tumit tinggi,” katanya.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...