Skip to main content

Abby Abadi Mohon Doakan Baby Danial, "50/50 Peluang Untuk Hidup"


PELAKON Abby Abadi dan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria memohon orang ramai mendoakan kesihatan bayi lelakinya yang kini berada dalam keadaan tenat di Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU).

Abby menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya memaklumkan bahawa bayi yang baru dilahirkan beberapa minggu itu mengalami masalah pendarahan di bahagian paru-paru.

“Hari ke 9 dan 10 (5 dan 6Oktober 2019) Abah tak sempat menulis, jadi Mama tulislah utk malam ni. Dah masuk 7 hari bulan, hari ke 11 dah sebenarnya umur Baby Danial. Hebat kuat anak Mama Abah.

“Siang tadi, dapat panggilan dari NICU, Hospital Sungai Buloh (HBSB) kata perlukan darah Mama untuk masukkan dalam badan Baby Danial.

Namun kami di Lumut, kami dah maklumkan ke pihak NICU sebelum pergi (ke Lumut) dan kami tahu stok darah Mama masih ada lagi. Tapi, mereka (pihak hospital) telefon semula untuk datang ke hospital pada Isnin pagi.

“Petang tadi hospital telefon lagi, bagitahu ada doktor nak jumpa untuk bercakap mengenai Baby Danial (Doktor ramai dan bertukar ganti).

Masa tu Mama Abah dah sampai Tapah. Berdebar-debar rasa bila kata nak jumpa doktor masa tu.. Rasa nk terus terbang supaya cepat sampai sebab dah terfikir macam-macam.

“Sampai Sungai Buloh pukul 10:30 malam tadi terus ke NICU... dari jauhh nampak dah kaki Danial bergerak-gerak. Ya Allah, bersyukur sangat-sangat! Baby kami masih ada.. Terus kami meluru jenguk Baby Danial, basuh tangan dan terus pegang dia, berlinang air mata,” luah Abby.

Dalam pada itu, Abby juga mengakui, dia dan suaminya sudah tahu risiko yang bakal dilalui oleh mereka suami isteri.

“Doktor datang semula untuk jumpa dan tanya sama ada kami tahu atau tidak keadaan baby kami.

Pendarahan, paru paru tak kuat bla bla bla.. dan yang terbaru.. Baby Danial sudah 90 peratus bergantung pada mesin untuk bernafas... itu adalah penggunaan maksimum untuk baby seusia Danial. Jadi mmg keadaannya sangat kritikal bla bla blaaa.. Malam ni, doktor minta kami supaya tidak pergi jauh.

“Ya Allah, sayu bila dengar Doktor cakap macam tu... tapi dari awal pun beberapa memang beberapa doktor cakap perkara yang sama, peluang untuk Baby Danial hidup hanya 50/50 sebab bayi lahir dalam keadaan yang sangat tidak bersedia. Beratnya hanya 535 gram dan banyak kemungkinan boleh berlaku,” coretnya.

Akan tetapi, Abby dan suami tidak berhenti meminta pertolongan Allah serta memohon orang ramai mendoakan anak mereka supaya selamat.

“Tapi saya dan suami kuatkan hati dan tak putus berdoa serta berusaha untuk mengharapkan keajaiban dari Allah sebab Allah Maha berkuasa ke atas semua makhlukNYA.

“Tiada apa yang saya harapkan dari sahabat-sahabat disini, adalah untuk terus mendoakan bayi kami. Hanya doa yang boleh merubah takdirnya. Ikutkan takut nk kongsikan keadaan bayi kami tetapi kalau kami tidak kongsi, tiada siapa tahu dan boleh mendoakan bayi kami nanti,” tulisnya. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut