Skip to main content

"Saya Tidak Pernah Sedih Malah Ketawa Bila Baca, Kerana Allah Tahu Saya Siapa,", Permaisuri Agong Sedih Polis Tangkap Pengkritik


Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan perasaan sedih dan marah terhadap tindakan polis menangkap pengkritik baginda.

Ini selepas pihak polis menangkap beberapa individu kerana membuat komen kritikal terhadap baginda di Twitter.

Tunku Azizah bertitah dikejutkan mengenai berita penangkapan itu oleh salah seorang puteri baginda, Tengku Puteri Afzan Aminah Sultan Abdullah.

"Afzan kejut saya tadi " mama polis tangkap dua orang!"

"Saya sedih dan marah dan terus activate kan (akaun) Twitter, tidak ada niat saya supaya mereka itu di tangkap polis, saya sendiri beritahu pihak istana untuk beri tahu pihak polis jangan ambil tindakan.

"Walaupun selama ini saya dan suami dikeji, dituduh, dihentam, dimaki hamun...Kami berdua (Agong dan Raja Permaisuri) tidak pernah buat laporan polis.

"Saya tidak pernah sedih malah ketawa bila baca, kerana Allah tahu saya siapa," titah baginda pada kicauan di Twitter.
Afzan kejut saya tadi " mama polis tangkap 2 orang !" , sy sedih & MARAH & terus activate kan twitter ,tdk ada niat sy supaya mereka itu di tangkap polis, sy sendiri beritahu pihak istana utk beritahu pihak polis jgn ambil tindakan , i repeat again, i dectivated not bcos of THEM— azizah iskandar (@cheminahsayang) September 14, 2019
Apabila Tunku Azizah menyahaktifkan akaun Twitter baginda bertiup spekulasi ia berpunca daripada komen netizen yang "negatif dan biadap."

Bagaimanapun, baginda pada ciapannya pagi ini menegaskan: "Saya ulangi, saya menyahaktifkan (akaun Twitter) bukan kerana mereka (pengkritik)."

Semalam, polis telah menahan Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) Khalid Ismath berhubung dakwaan menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah, ketika dihubungi Bernama mengesahkan telah menahan Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) Khalid Ismath berhubung dakwaan menghina Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed juga dilaporkan berkata​​​​​​ pihaknya telah menerima laporan berhubung kes itu dan telah membuka siasatan di bawah Akta Hasutan 1948. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...