Powered by Blogger.

Saturday, September 14, 2019

Remaja Bakar Motor Curi Kerana Putus Cinta


Langkawi - Akibat putus cinta seorang lelaki Melayu nekad membakar sebuah motosikal jenama Honda yang dipinjamkan kepada teman wanitanya hingga rentung.

Kejadian tersebut berlaku di hadapan sebuah premis perniagaan di Pandak Mayah Kuah Langkawi pada 14/09/2019 jam lebih kurang 12.00 tengah malam.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku di dalam insiden tersebut. Pihak bomba telah berjaya memadam kebakaran tersebut kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Walaubagaimanapun, hasil semakan motosikal tersebut dapati ianya adalah motosikal curi yg dilaporkan hilang pada 18.02.2019 yang lalu.

Saspek ditangkap di bawah Sekyen 435 KK (Khianat Dengan Api dan Seksyen 379A KK (Curi Motosikal) dan ditahan reman untuk siasatan lanjut. - Polis Langkawi