Skip to main content

Lelaki Ini Dipenjara 10 Tahun, 2 sebatan Kerana Menikam Muka Guru


Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara dan dua sebatan terhadap seorang lelaki yang menikam muka guru menggunakan pisau sehingga parah selepas menceroboh rumah mangsa, Julai lalu.

Keputusan dibuat Hakim Nooriah Osman selepas tertuduh, Muhamad Murtazah Md Kasim, 28, mengaku salah atas pertuduhan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan parah.

Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah hingga meninggalkan kecacatan kekal di bahagian muka mangsa, Mohamad Padzli Ismail, 53, di rumah Kampung Banggol Tok Jiring, Kuala Nerus, kira-kira jam 11 malam, pada 30 Julai lalu dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun serta boleh didenda atau sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd Izzat Wan Abdullah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, ketika mangsa berada di rumah bersama isteri dan anak, tertuduh secara tiba-tiba memasuki rumah melalui pintu depan, lalu menikam muka mangsa menggunakan pisau, selain menikam seorang penduduk kampung, Mohd Hafizam Rashid, 25, di tangan kanan.

Tertuduh turut menyelongkar rumah mangsa dan memecahkan siling serta bumbung bilik tidur untuk bersembunyi.

Pada 10 September lalu, Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara terhadap tertuduh kerana menyerang Mohd Hafizam, selain masing-masing penjara 12 bulan bagi kesalahan mencuri wang RM40 milik Kedai Runcit Merang serta menceroboh rumah mangsa.

Sebelum ini, media melaporkan seorang guru di sebuah kolej vokasional menerima lebih 20 jahitan pada bibir dan sembilan jahitan di tangan kiri akibat bergelut dengan pencuri yang memasuki rumahnya.

Kejadian berlaku selepas kegiatan lelaki terbabit (tertuduh) mencuri duit di sebuah kedai runcit disedari penduduk kampung menyebabkan dia melarikan diri dan memecah masuk rumah mangsa untuk bersembunyi. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...