Skip to main content

Cemburu Suami Ada Perempuan Lain, Isteri Kelar Kemaluan Suami.


IPOH - Angkara cemburu, seorang wanita bertindak mengelar dan menikam kemaluan suaminya menggunakan pisau dalam satu kejadian di sebuah rumah kedai di Jalan Bestari Meru, Jelapang malam tadi.

Kejadian sekitar jam 12.30 malam itu menyebabkan mangsa yang juga warga Sri Lanka berusia 40 tahun mengalami cedera parah di bahagian kemaluan dan leher.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, kejadian disedari orang ramai selepas mangsa keluar dari kediaman itu bagi mendapatkan bantuan.

"Siasatan di lokasi kejadian telah menemui tompokan darah bermula dari tilam hingga ke luar bangunan. Sebilah pisau disyaki senjata yang digunakan suspek dalam kejadian itu turut dijumpai, senjata berkenaan didapati telah cuba dibersihkan.

"Wanita warga Sri Lanka berusia 48 tahun itu bagaimanapun didapati telah melarikan diri, usaha mengesan kini sedang dijalankan," katanya.

Beliau berkata, pasangan itu masuk ke negara ini secara sah menggunakan pas pelancong dan menyewa di rumah kedai berkenaan.

"Menerusi pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV), tiada kelibat pergerakan orang luar melainkan mangsa yang berlari keluar dari tempat kejadian sementara suspek berada dalam tempat kejadian itu.

"Kemungkinan kejadian berlaku ketika mangsa sedang tidur. Buat masa ini, kita syaki kejadian berpunca daripada cemburu," katanya.

Mohamad Nordin berkata, mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan Keseksaan/Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga," katanya. - Sinar

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...