Skip to main content

Awas!!! Jangan Mandi Pada Waktu Ini Kalau Taknak Mati Mendadak.


Mandi adalah rutin harian kita yang wajib kita lakukan setiap hari tetapi tahukan anda semua waktu yang paling sesuai untuk mandi dan apa yang akan berlaku kalau anda mandi pada waktu yang salah.

Kita selalu mendengar orang tua-tua yang sering melarang kita dari mandi pada waktu yang tertentu dengan menakutkan anak-anak dengan pelbagai cerita mitos agar anak-anak tidak mnadi pada waktu tersebut.

Setiap pagi selepas bangun tidur perkara pertama yang akan kita lakukan adalah mandi kerana mandi akan menjadikan tubuh badan kita lebih segar dan tidak melekit dan tidak salah jika kita mandi sebanyak dua atau tiga kali sehari sekalipun tetapi tahukah anda semua waktu yang paling tidak sesuai untuk mandi.

Mengikut pakar kesihatan terdapat waktu tertentu yang di mana keadaan jantung lemah dan boleh menjadi sangant berisiko menyebabkan kematian secara mendadak.

Berikut merupakan waktu yang paling tidak sesuai untuk mandi:

1 ) 30 minit selepas solat Asar
   - Lebih baik kalau tidak mandi pada pukul 3 petang kerana pada masa itu keadaan darah di dalam badan panas dan mandi pada masa itu boleh mengakibatkan keletihan yang berisiko menyebabkan mati mendadak.

2 ) Selepas matahari terbenam
   - Ini kerana pada masa antara pukul 6 hingga 7 malam jantung mula lemah dan sekiranya mandi pada waktu ini tubuh akan terkejut serta mengalami kematian mendadak.
   - Selain itu juga mandi selepas matahari terbenam tidak digalakkan kerana meningkatkan risiko penyakit paru-paru berair.

3 ) Selepas Isyak hingga pukul 12 tengah malam.
   - Kerana ketika waktu ini hati kita sedang berehat selepas penat bekerja seharian dan mandi pada waktu ini boleh menyebabkan kerosakkan jantung.
   - Malah mandi pada masa ini merupakan salah satu punca utama pesakit yang mengalami reumatik.

Pendek kata mandi selepas waktu pukul 7 hingga tengah malam adalah sangat tidak digalakkan, tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh mandi kerana terdapat waktu yang sesuai untuk kita mandi cuma kita yang tidak berapa mengetahuinya.

Berikut merupakan waktu yang paling sesuai untuk mandi :

1 ) Pagi
   - Mandi pada waktu pagiamat disyorkan kerana air mempunyai kandungan ozon yang tinggi dan ianya akan menjadikan tubuh menjadi lebih segar dan muda, malah dapat meningkatkan daya tahan tubuh badan.

2 ) Masa Asar
   -Mandi selepas Asar di benarkan kerana dipercayai akan menjadikan tubuh lebih segar dan dapat meningkatkan imuniti agar kita tidak terdedah kepada penyakit.

Kebaikan mandi pada waktu pagi:

1 ) Meningkatkan prestasi jantung
   - Bila badan sejuk kerana mandi menggunakan air sejuk maka tubuh akan cuba mencari kehangatan dari luar sekaligus akan meningkatkan tahap oksigen dalam badan dan tahap oksigen yang tinggi akan menjadikan prestasi jantung lebih baik serta menyalurkan tenaga untuk anda menjalani hari anda dengan lebih baik.

2 ) Mencantikkan wajah dan rambut
   - Mandi dalam air sejuk akan menjadikan kulit anda lebih anjal kerana pori-pori kulit seakan ditutup, dengan itu dapat menghalang debu dari masuk ke kulit.
   - Rambut juga akan menjadi lebih kuat, sihat dan tidak kusam jika anda mandi menggunakan air sejuk.

3 ) Mengurangkan tekanan
   - Mandi air sejuk di waktu pagi boleh meningkatkan toleransi badan untuk tekanan, antioksidan yang dipanggil glutatione akan membuatkan antioksidan lain bekerja secara optimum dan prestasi maksimum antioksidan dalam badan dapat menjadikan tubuh lebih tahan terhadap stress.

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut