Skip to main content

[VIDEO] Gagal Tukar Jantina, Sajat Diberi Tempoh 48 Jam Mohon Maaf


SEORANG wanita bernama Yusmiliati Mohamed Yusof mendakwa telah dianiaya oleh usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad atau turut dikenali sebagai Nursajat.

Menurut Yusmiliati, pihak Sajjad telah melemparkan bermacam tuduhan palsu terhadap dirinya ekoran kegagalannya membantu usahawan itu menukar jantina “lelaki” kepada “perempuan” pada kad pengenalannya menerusi urusan bersama Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPNM).

“Oleh kerana kami telah berkenalan dan beliau (Sajjad) juga menyuarakan hasrat tersebut malah saya juga mempunyai kemampuan dan kemahiran dalam menguruskan hal-hal permohonan dengan jabatan serta agensi kerajaan, saya menyatakan kepada beliau yang saya boleh membantu beliau untuk melakukan permohonan tersebut dengan bayaran yang dipersetujui sebagai bayaran kepada perkhidmatan saya.

“Beliau telah serahkan kepada saya dokumen-dokumen berkaitan untuk membuat permohonan tersebut. Saya telah hadir ke pejabat JPNM untuk menyerahkan borang permohonan bagi pertukaran jantina di kad pengenalan beliau,” jelas Yusmiliati.

“Pada 30 September dan 13 Oktober 2017, JPNM telah menghantar sesalinan surat kepada Sajjad dan pembantunya, Ashaari Maznan menyatakan permohonan tersebut telah ditolak atas alasan pemohon gagal melampirkan satu salinan surat daripada doktor yang mengesahkan beliau adalah seorang khunsa,” jelas Yusmiliati.

Sejurus itu, Yusmiliati mendakwa dia telah dihubungi pihak Sajjad mengatakan mereka tidak berpuas hati kerana gagal memenuhi permintaan mereka serta menegaskan dia telah dianiaya dan dituduh sebagai penipu.

“Saya menyatakan dengan tegas bahawa saya telah dianiayai dan dituduh sebagai penipu oleh beliau sedangkan saya telah laksanakan permohonan tersebut sepertimana diarahkan oleh beliau dan telah menurut prosedur permohonan di JPNM,” tambahnya.

Yusmiliati berkata demikian ketika sidang media berhubung isu terbabit di Pejabat Persatuan Pekerja Perfileman Malaysia (Profima) di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Turut hadir peguam Yusmiliati, Ahmad Faiz Azizan dan Mohd Amirul Ramli.

Yusmiliati mengarahkan Sajjad tampil membuat permohonan maaf kepadanya dalam masa 48 jam dari tarikh hari ini dalam bentuk bertulis dan dialamatkan kepada peguamcara saya serta satu video permohonan maaf menerusi laman sosial yang boleh disaksikan orang awam. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...