Skip to main content

Video Bergaduh Pasal Bekas Tunang Rupanya...


KUANTAN: Perselisihan faham akibat perempuan dipercayai menjadi punca pergaduhan sekumpulan remaja lelaki di tempat letak kereta sebuah restoran makanan segera di Sungai Isap di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata kejadian yang berlaku pada 1 pagi itu, dipercayai melibatkan 12 remaja berumur antara 19 dan 20 tahun, yang berasal dari sekitar daerah ini, Pekan, dekat sini dan Kangar, Perlis.

Katanya, mangsa yang berusia 20 tahun dan masih belajar itu mendakwa dihubungi oleh seorang lelaki tidak dikenali pada 8 malam sebelumnya yang memperkenalkan diri sebagai bapa saudara kepada bekas tunangnya dan mahu berjumpa.

"Mangsa mendakwa dia dan dua rakan berada di kawasan letak kereta itu apabila dihampiri tiga kereta yang dinaiki sekumpulan lelaki dengan salah seorang suspek bertanyakan nama mangsa.

"Lelaki itu didakwa terus menumbuk muka dan menendang pinggang mangsa dengan diikuti suspek lain yang secara bertubi-tubi menyerang mangsa dan rakannya, sebelum pergaduhan dileraikan orang awam," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamad Noor berkata mangsa membuat laporan polis kira-kira sejam selepas kejadian dan mendakwa perbuatan suspek menyebabkan dia dan seorang rakan berusia 19 tahun lebam di muka, kepala dan badan.

Beliau berkata enam remaja berumur antara 19 dan 20 tahun ditahan antara 4.50 petang dan 6.45 petang semalam, di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, selepas dipanggil memberi keterangan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...