Tun Dr Mahathir Tidak Percaya Video Melibatkan Azmin Ali


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memberitahu bahawa beliau tidak percaya ketulenan video seks yang melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

Beliau turut menyifatkan penyebaran video seks tersebut merupakan agenda politik oleh orang tertentu.

“Saya tidak percaya perkara ini tulen. Sekarang, kita boleh banyak perkara dengan video dan gambar sekiranya kita pandai.

“Mungkin satu hari kamu akan lihat gambar saya pula macam itu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Malam Sejuta Kenangan di Setia City Convention Centre, Shah Alam, malam ini. - Malaysiakini