Powered by Blogger.

Sunday, April 7, 2019

Yang Kamu Belasah Itu Warga Emas Berusai 70 Tahun


KUALA LUMPUR: Seorang pelawak terkenal berusia 49 tahun bertindak di luar kawalan apabila menumbuk, menendang dan membaling batu kepada seorang pegawai keselamatan dalam insiden pergaduhan di Taman Acacia, Nilai, malam Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar, pengawal keselamatan itu, Yahya Manap, 70, mengalami kecederaan di di bahagian muka dan badan akibat dibelasah pelawak berkenaan.

“Pada pukul 8 malam, pelawak itu memandu Proton Perdana masuk ke kawasan perumahan tanpa kebenaran selepas mengejar seorang penduduk di kawasan perumahan berkenaan.

“Pengawal keselamatan kemudian menutup palang pos keselamatan dan mengejar kenderaan pelawak itu. Lelaki itu kemudiannya ingin keluar tetapi terhalang kerana palang tertutup.

“Berlaku pertengkaran antara pelawak itu dan pengawal keselamatan terbabit sehinggakan pelawak itu menumbuk muka mangsa sebanyak tiga kali selain menendang dan membaling batu,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Susulan kejadian itu, beberapa keping gambar dan video yang dirakam saksi kejadian tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mohd Nor Marzukee berkata penduduk cuba menenangkan pelawak berkenaan namun dia mengugut pengawal keselamatan itu sebelum beredar.

“Mangsa membuat laporan polis dan mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan. - Astro AWANI