Skip to main content

Kronologi Kes SRC Melibatkan Najib Yang Ramai Tidak


KUALA LUMPUR: Hari ini, Mahkamah Tinggi akan mendengar kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berdepan tiga pertuduhan pecah amanah (CBT), satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC International) berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan akan berlangsung di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Najib, 66, yang juga Ahli Parlimen Pekan mengaku tidak bersalah terhadap kesemua tujuh pertuduhan. Berikut adalah garis masa kes SRC Najib:

* 4 Julai 2018 - Najib didakwa buat pertama kali di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan CBT dan satu pertuduhan salah guna kuasa berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta. Kes kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

* 8 Ogos 2018 - Najib didakwa di Mahkamah Tinggi atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana sama (RM42 juta daripada SRC International) yang merupakan hasil kegiatan haram.

* 10 Ogos 2018 - Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan Najib untuk melarang media dan orang ramai daripada menerbitkan kenyataan berhubung merit kes jenayahnya yang akan membuat inferens (kesimpulan) Najib bersalah sementara menunggu kesnya selesai.

* 10 Ogos 2018 - Mohd Nazlan menetapkan 33 hari bermula 12 hingga 28 Feb dan 4 hingga 29 Mac untuk perbicaraan kes SRC Najib.

* 13 Ogos 2018 - Najib memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak untuk mengeluarkan perintah melarang media dan orang awam daripada menerbitkan kenyataan berhubung merit kesnya.

* 18 Dis 2018 - Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk mendapatkan surat pelantikan Datuk Sulaiman Abdullah bagi mengetuai pasukan pendakwaan dan permohonannya untuk mendapatkan dokumen berhubung kes itu.

* 15 Jan 2019 - Najib menerusi firma guamannya Messrs Shafee Co telah menulis surat bertarikh 15 Jan kepada Mahkamah Tinggi memohon agar perbicaraan yang dijadualkan pada 12 Feb dilapangkan sementara menunggu tiga rayuan interlokutorinya di Mahkamah Rayuan.

* 17 Jan 2019 - Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara Manoj Kurup dalam surat bertarikh 17 Jan 2019 yang dihantar kepada Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali, membantah permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan perbicaraan, menyatakan permohonan itu "adalah remeh dan akan menyebabkan kelewatan yang tidak munasabah terhadap perbicaraan yang dijadualkan".

* 11 Feb 2019 - Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan sementara perbicaraan sehingga rayuannya berhubung keputusan pendakwa raya menarik balik sijil perpindahan tujuh pertuduhan terhadapnya, selesai.

* 14 Feb 2019 - Mahkamah Rayuan menetapkan 11 dan 12 Mac untuk mendengar empat rayuan Najib bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi berhubung permohonan interlokutori Najib mengenai tujuh pertuduhan melibatkan dana SRC.

* 11, 12, 15 dan 18 Mac 2019 - Mahkamah Rayuan mendengar empat rayuan Najib.

* 21 Mac 2019 - Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan sementara perbicaraan Najib sehingga Mahkamah Persekutuan mendengar dan memutuskan tiga rayuan interlokutori yang sebelum itu ditolak oleh Mahkamah Rayuan.

* 21 Mac 2019 - Mahkamah Rayuan menolak tiga rayuan Najib iaitu rayuannya untuk mendapatkan perintah melarang media dan orang awam membincangkan merit kes jenayahnya; akses kepada dokumen penyiasatan termasuk kenyataan saksi pada peringkat praperbicaraan; dan mengenai penarikan balik sijil perpindahan pertuduhannya oleh Peguam Negara.

* 21 Mac 2019 - Mahkamah sama bagaimanapun membenarkan rayuan Najib untuk mendapatkan salinan surat pelantikan Datuk Sulaiman Abdullah mengetuai pendakwaan.

* 27 Mac 2019 - Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan sementara perbicaraan sementara menunggu rayuannya berhubung permohonan interlokutorinya selesai.

* 28 Mac 2019 - Mahkamah Tinggi menetapkan 3 April pada 2 petang bagi perbicaraan kes SRC Najib.

* 1 April 2019 - Najib memfailkan satu lagi rayuan (permohonan semakan) terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonannya menangguhkan perbicaraan kesnya berkaitan SRC. - BERNAMA

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...