Skip to main content

Video: Kecoh Wakil Tun M Dihalang Penduduk PPR Taman Manggis


GEORGETOWN - Keadaan di hadapan pusat pentadbiran kerajaan negeri di Komtar di sini kecoh apabila kumpulan penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis yang diusir sebelum ini dan beberapa pimpinan NGO menyerbu Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya.

Semuanya berpunca disebabkan Abu Bakar yang meninggalkan mereka begitu sahaja tanpa sebarang perbincangan dilakukan semasa lawatannya petang tadi.

Abu Bakar yang hadir ke Komtar kira-kira jam 7.40 itu dilihat hanya sempat berbual dengan beberapa orang penduduk yang terlibat dan kebanyakannya perempuan.

Ketika itu, beberapa penduduk lain dan pimpinan NGO sedang menunaikan solat Maghrib dan Abu Bakar berlalu pergi ketika mereka baharu sahaja selesai solat.

Berang dengan tindakan itu, penduduk bersama pemimpin NGO termasuk badan bertindak menyelamatkan penduduk PPR Taman Manggis mengejar Abu Bakar yang sedang berjalan menuju ke arah kenderaannya.

Difahamkan, dia terpaksa bergegas ke Tanah Wakaf Abdul Cauder, Jalan Mengkuang di Butterworth bagi mendengar permasalahan yang berlaku di sana.

Mereka cuba menghalang Abu Bakar daripada keluar ke pintu tempat letak kereta namun pasukan keselamatan dan polis yang berada di lokasi kejadian berjaya menenangkan keadaan.

Kumpulan berkenaan kemudiannya berkumpul di hadapan pintu keluar kenderaan di Komtar bagi menghalang kereta Abu Bakar meninggalkan kawasan Komtar.

Bagaimanapun, tidak kelihatan kenderaan yang membawa Abu Bakar keluar daripada bangunan berkenaan.

Terdahulu dalam sidang media, Abu Bakar berkata,dia datang ke Pulau Pinang bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan isu pengusiran penduduk PPR Taman Manggis dan penduduk Tanah Wakaf Abdul Cauder, Jalan Mengkuang.

Menurutnya, semua pihak harus bertenang dan memberi kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa dalam menyelesaikan segala isu yang berbangkit.

"Saya datang ke sini bagi mengumpul maklumat dan mendengar sendiri apa yang berlaku dan saya percaya semuanya akan dapat diselesaikan dengan baik.

"Saya menasihatkan kepada orang ramai supaya jangan terpengaruh dengan berita yang tidak sahih dan patuhlah dengan arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa," katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi laman twitternya menyatakan telah dimaklumkan mengenai masalah yang menimpa penduduk di Tanah Wakaf Abdul Cauder, Jalan Mengkuang.

Beliau telah mengarahkan pegawainya bagi meninjau masalah yang dihadapi penduduk tersebut. - Sinar Harian


Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut