Skip to main content

Video: Kecewa Cinta Ditolak, Pelajar 13 Tahun Di Banting Bertindak Nekad


BANTING: Kecewa kerana gadis yang diminati menolak cintanya, seorang pelajar lelaki yang baru berusia 13 tahun bertindak nekad cuba terjun dari bumbung tingkat dua sekolahnya di Banting pada Selasa.

Pelajar tingkatan satu itu sempat meluahkan kekecewaanya pada sekeping nota sebelum mengambil keputusan cuba untuk membunuh diri kerana kecewa gadis idamannya memilih untuk rapat dengan pelajar lelaki lain.

Pihak Bomba mengesahkan menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut sekitar pukul 1:12 tengah hari.

"Menurut komander operasi, setibanya jentera di lokasi didapati benar berlaku cubaan membunuh diri
oleh seorang pelajar sekolah dan mangsa telah berjaya dipujuk serta diselamatkan oleh pihak Agensi
Pertahanan Awam yang telah sampai terlebih dahulu.

"Mangsa dibawa ke Hospital Banting oleh Ambulans untuk tindakan lanjut," kata kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor.

Video pelajar tersebut berjalan di atas bumbung sekolah sebelum bergelut dengan pasukan penyelamat tular di media sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Azizan Tukiman, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.30 petang mengatakan ada seorang pelajar cuba membunuh diri.

Sejurus menerima panggilan, polis bergegas ke lokasi bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan dibantu pasukan Bomba dan Penyelamat.

Murid itu berjaya diselamatkan setelah dipujuk hampir setengah jam.

"Pelajar ini hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian lengannya semasa proses menyelamat dan telah dibawa ke hospital Banting untuk rawatan.

"Siasatan mendapati pelajar ini mengaku cuba untuk bunuh diri kerana kecewa dengan seorang pelajar perempuan lain sebaya dengannya.

"Mangsa mengatakan telah berjumpa dengan pelajar perempuan terbabit semalam untuk meluahkan perasaan cintanya tetapi ditolak.

"Pelajar perempuan itu memberi alasan tidak meminati mangsa dan lebih menyukai seorang pelajar lelaki lain. Ekoran penolakan cinta, mangsa berasa putus asa dan mengambil keputusan untuk membunuh diri," katanya seperti dilapor Utusan Online.

Azizan berkata pelajar lelaki itu tidak mempunyai sebarang masalah disiplin dan guru mangsa juga menjelaskan dia pelajar yang baik tetapi terpengaruh dengan mainan perasaan.

"Mengikut keterangan gurunya mangsa tidak ada sebarang masalah disiplin di sekolah dan merupakan pelajar yang baik serta pendiam.

"Setakat ini, kita juga masih belum menerima sebarang laporan polis sama ada yang dibuat oleh pihak sekolah mahupun ibu bapa pelajar ini," katanya.




Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...