Skip to main content

Ibu Tunggal Kurung Anak 7 Tahun Selama 5 Hari Keluar Dangan Kekasih


KANGAR: Tidak berhati perut! Kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai dikurung ibu kandungnya di sebuah rumah di Taman Hijrah, di sini sejak Rabu akhirnya diselamatkan malam tadi.

Sepanjang tempoh lima hari dikurung, mangsa dilaporkan tinggal sendirian dengan rumah berkunci dari luar serta tidak diberi makan.

Difahamkan, jiran-jiran berdekatan yang terdengar tangisan mangsa ada memberikan makanan melalui tingkap rumah tersebut sebelum menghubungi polis untuk menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd dalam satu kenyataan hari ini berkata kanak-kanak itu diselamatkan jam 9 malam semalam setelah polis terpaksa memecahkan pintu rumah berikutan pintu jeriji di kediaman tersebut berkunci.

Siasatan mendapati kedua ibu bapa mangsa sudah bercerai.

Susulan kejadian, polis menahan wanita dipercayai ibu mangsa bagi membantu siasatan.

Ketika disoal siasat, wanita itu mengaku meninggalkan kanak-kanak itu kerana mengikut teman lelakinya.

Wanita berusia 31 tahun yang bertugas sebagai kontraktor itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan.

Kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk rawatan berikutan keadaan mangsa yang lemah.

Difahamkan, mangsa masih menerima rawatan di HTF sebelum diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001. - Astro AWANI
 

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...