Skip to main content

Rogol Anak Kekasih Berusia 13 Tahun, Lelaki Terima Padah.


Seorang penganggur dihukum penjara 30 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak, di Putrajaya selepas mengaku bersalah merogol dan melakukan kesalahan seksual fizikal terhadap anak teman wanitanya berumur 13 tahun sehingga mangsa melahirkan bayi perempuan.

Hakim Yong Zarida Sazali menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dengan empat sebatan terhadap lelaki yang berumur 56 tahun itu bagi kesalahan merogol dan 10 tahun dengan dua sebatan bagi setiap dua pertuduhan seksual fizikal.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara 10 tahun bagi dua kesalahan seksual fizikal itu berjalan serentak dan tertuduh diarahkan menjalani hukuman penjara 20 tahun bermula dari tarikh tangkap pada 25 Julai 2018 manakala penjara 10 tahun itu berkuatkuasa selepas dia selesai menjalani hukuman penjara 20 tahun.

Mahkamah menjatuhkan hukuman itu semalam selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraannya. Kanak-kanak itu yang masih dalam keadaan berpantang juga hadir ke mahkamah dan bersedia untuk memberi keterangan.

Mengikut fakta kes tertuduh melakukan perbuatan itu semasa ibu mangsa tiada di rumah dan mangsa yang tinggal bersama tertuduh sejak berumur enam tahun takut untuk memberitahu kejadian itu kepada ibunya kerana tertuduh mengugutnya.

Akibat tidak tertahan dengan serangan seksual oleh tertuduh, mangsa sendiri telah membuat laporan polis pada 25 Julai 2018, secara bersembunyi di balai polis kerana takut dipukul atau diugut oleh tertuduh dan tertuduh ditangkap polis pada hari sama

Mangsa juga dibawa ke Hospital Kuala Lumpur pada Julai 2018 dan disahkan hamil 11 minggu dan kanak-kanak itu melahirkan bayi perempuan pada Jan 2019.

Tertuduh didakwa merogol kanak-kanak itu di sebuah rumah di Chow Kit, Kuala Lumpur, pada 11 malam, 27 Mac, 2018 mengikut Seksyen 376(2) (d) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat.

Lelaki itu dituduh melakukan kedua-dua kesalahan seksual fizikal terhadap mangsa di tempat sama pada waktu malam pada 15 Jun 2018 dan 19 Jun 2018 mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa memohon hukuman setimpal kerana kesalahan tertuduh sangat serius sehingga mangsa melahirkan anak dan perbuatannya meninggalkan kesan trauma terhadap mangsa manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan. - Bernama

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...